“Dah Tak Rapat Macam Dulu, Sekarang Saya Dan Aedy Kawan Je” - Amelia Henderson

Pelakon Amelia Henderson mengejutkan orang ramai selepas mendedahkan hubungannya bersama Aedy Ashraf kini sudah tidak seperti sebelum ini. 

Menurut Amelia, faktor pekerjaan dan masa adalah antara punca mengapa hubungan mereka menjadi renggang. 

“dah tak rapat macam dulu, sekarang saya dan aedy kawan je” - amelia henderson

“Saya dan Aedy kini kawan, kami tak rapat seperti dahulu.

“Mungkin kerana masa kami untuk bersama tidak sesuai dan saya rasa tidak mahu bercerita terlalu jauh tentang perkara ini,” katanya. 

Sebelum ini, Aedy atau Amelia tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai status hubungan mereka kerana menghormati antara satu sama lain.

“dah tak rapat macam dulu, sekarang saya dan aedy kawan je” - amelia henderson

“Apa-apa pun sekarang kami sudah di haluan berbeza dan tiada apa yang boleh diulas.

“Dia adalah seorang aktor hebat dan saya doakan yang terbaik untuk Aedy malah tidak sabar untuk menonton filem Kahar Kapla High Council nanti.

“Adakalanya, sesuatu perkara berakhir kerana masa itu tidak bersesuaian. Sudah lama benda ini berlaku cuma kami tak keluarkan sebarang kenyataan sebab kami saling menghormati,” tambahnya.

Sumber: Kosmo