Rakan baik kepada Aliff Aziz berkata pelakon itu kini berada dalam keadaan baik dan turut memohon doa agar diberikan kekuatan menjalani rintangan mendatang.
Menurut pelakon, Shahidan Izwan, beliau ada berhubung dengan Aliff menerusi telefon, namun Aliff tidak berkongsi apa-apa kepadanya selain cuma meminta doa agar dia kuat.
“Saya tidak pasti dengan keadaannya sebab kami pun sudah lama tak berjumpa dan setakat ini, kami ada berhubung menerusi telefon. Dia baik-baik saja, tetapi dia tak berkongsi apa-apa, cuma minta doa agar dia kuat.
“Apa pun bagi saya kita doakan sahajalah, moga perkara ini dapat diselesaikan dengan lancar. Saya pun risau. Buat masa sekarang alhamdulillah dia semakin baik,” katanya kepada HibGlam.
Ditanya mengenai kebenaran tentang isu Aliff melakukan perkara tidak senonoh baru-baru ini, Shahidan bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenainya.
“Saya sedia maklum akan hal yang berlaku dan agak terkejut jugalah, namun namun, saya pun tiada di tempat kejadian, jadi tak berani cakap apa-apa kerana takut boleh jatuh fitnah,” ujarnya lagi.
Tambah Shahidan lagi, Aliff merupakan seorang yang baik dan sering menegurnya jika ada berbuat kesilapan, selain turut melakukan dakwah.
“Alhamdulillah dengan saya, dia seorang yang baik, selalu menegur kalau saya buat silap. Malah dia pun tak lekang dengan berdakwah sebenarnya.
“Dia pun tak terlalu bergaul dengan ramai orang, misalnya kalau nak keluar beli keperluan penggambaran atau nak ‘man talk’ pun dengan saya. Itu sajalah,” jelasnya.
Sumber: HIB Glam