Aktiviti Rentas Daerah, Negeri Dilarang Seluruh Negara Mulai Isnin

Semua aktiviti rentas negeri dan daerah di seluruh negara tanpa kebenaran PDRM, akan dilarang berkuatkuasa Isnin depan.

aktiviti rentas daerah, negeri dilarang seluruh negara mulai isnin

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, penguatkuasaan itu meliputi semua negeri sama ada yang diletakkan dibawah PKP, PKPP, PKPB dan juga PKPD, selama empat minggu sehingga 6 Jun depan.

 

Sepanjang tempoh itu juga, aktiviti sosial termasuk majlis kenduri, perkahwinan, keraian dan lain-lain yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam juga dilarang.

aktiviti rentas daerah, negeri dilarang seluruh negara mulai isnin

Selain itu, turut tidak dibenarkan adalah majlis rasmi dan sosial secara bersemuka oleh kerajaan dan juga swasta.

 

Katanya lagi, keputusan sekatan ini akan disemak semula selepas dua minggu.

 

Sumber: BERNAMA