Wajah Cengkung dan Makin Kurus, Aisha Retno Nafi Ambil Bahan Terlarang. Ini Sebabnya!

Penyanyi, Aisha Retno telah menjadi tumpuan peminat sejak akhir-akhir ini kerana dikatakan semakin kurus dan wajahnya juga cengkung berbanding sebelumnya.

wajah cengkung dan makin kurus, aisha retno nafi ambil bahan terlarang. ini sebabnya!

Perkara itu membuatkan ada segelintir individu yang mendakwa pemilik nama sebenar Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 23, ini mengambil bahan terlarang hingga menyebabkan dia menjadi sebegitu.

 

Bagaimanapun Aisha menjelaskan punca sebenar beliau kelihatan kurus dan wajah cengkung adalah kerana diet yang dijalani sejak akhir tahun lalu, selain kurang makan selepas memakai pendakap gigi.

wajah cengkung dan makin kurus, aisha retno nafi ambil bahan terlarang. ini sebabnya!

“Sejak akhir tahun lalu, saya semakin menjaga pola pemakanan dan kebetulan mula memakai pendakap gigi.

“Jadi secara tidak langsung saya kurang makan sehingga beri kesan yang agak cepat, selain muka nampak sedikit cengkung, tetapi bukanlah bermakna saya menggunakan benda tak sepatutnya.

“Apabila didakwa perubahan ini disebabkan bahan terlarang, saya kena jelaskan sebab enggan tuduhan sebegitu membuatkan orang lain percaya,” katanya.

wajah cengkung dan makin kurus, aisha retno nafi ambil bahan terlarang. ini sebabnya!

Sumber: HIB Glam