‘Who’s that? Saya Tak Kenal Dolla’ - Dianggap Sombong, Ahli Kumpulan SMDX Elle Dikecam Teruk

Ahli kumpulan baharu SMDX, Elle Thong dikecam teruk kerana bersikap sombong dan dianggap tidak beradab. 

Hal ini berlaku selepas Elle membuat siaran langsung (live) di media sosial dan menjawab persoalan peminat yang menanyakan gaya pemakaian pakaian tradisional masyarakat Sabah dalam video muzik lagu Original Sabahan.

Para peminat memberi pandangan  gaya pemakaian baju tradisional itu telah diberi sentuhan moden sehingga menghilangkan identiti pakaian sebenar.

“Mungkin ada mereka yang tidak suka atau mungkin ada yang kecam sebab cemburu. Saya tidak ambil peduli.

“Saya sudah kuat melatih mental saya untuk ini. Lagu itu mereka tidak kritik, tetapi pakaian. Mungkin mereka tidak tahu mengenai moden. Peduli apa?,” katanya.

Bukan itu sahaja, Elle juga menimbulkan kemarahan peminat selepas dia yakin mengatakan dia tidak mengenali kumpulan terkenal Dolla. 

“Who’s that?, saya tidak kenal Dolla. Mungkin Davy dan Crystal kenal Dolla. Saya tidak kenal. Siapa itu?

“Bukan sombong, memang tidak kenal pun,” katanya lagi.

Sumber: Kosmo