Ahli Keluarga Sambut Hari Lahir Anak Perempuan Puteri Sarah, “Mana Syamsul?” - Netizen

Pelakon, Puteri Sarah Liyana dilihat sempat mengadakan majlis sambutan hari lahir anak perempuannya, Sumayyah dalam suasana sederhana.

ahli keluarga sambut hari lahir anak perempuan puteri sarah, “mana syamsul?” - netizen

Menerusi beberapa foto yang dikongsikan Sarah di Instagram, majlis hari lahir yang diadakan di restoran milik bapa mentuanya turut dihadiri kedua ibu dan bapa serta Datun Yusof Haslam dan isteri, Datin Patimah Ismail.

 

“Ramadan merapatkan silaturahim,” tulis Sarah ringkas.

 

Dalam perkongsian sama, kelihatan Yusof Haslam berjabat tangan bersama bapa Sarah, sekaligus menunjukkan hubungan mereka baik sebagai besan.

ahli keluarga sambut hari lahir anak perempuan puteri sarah, “mana syamsul?” - netizen

Malah, ibu mentuanya Datin Patimah turut meninggalkan komen dan berharap agar hubungannya bersama keluarga Sarah akan kekal hingga akhir hayat.

 

“Ya Allah. Semoga silaturahim ini kekal sehingga ke akhir hayat. Selamat hari jadi Puteri Sumayyah,” tulis beliau.

ahli keluarga sambut hari lahir anak perempuan puteri sarah, “mana syamsul?” - netizen

Bagaimanapun, netizen dilihat mempersoalkan keberadaan Syamsul Yusof dalam majlis meraikan hari lahir anaknya. Lebih membuatkan netizen tertanya-tanya apabila Syamsul sebelum ini pernah membuat kenyataan mahu bertemu Sarah untuk berdamai, namun beliau tidak pula muncul dalam majlis tersebut.

ahli keluarga sambut hari lahir anak perempuan puteri sarah, “mana syamsul?” - netizen

ahli keluarga sambut hari lahir anak perempuan puteri sarah, “mana syamsul?” - netizen

Terdahulu, Syamsul meluahkan rasa kecewa kerana Jawatankuasa Pendamai (JKP) melibatkan dirinya dan isteri, Puteri Sarah diadakan secara berasingan hingga menyukarkan dirinya untuk mencari jalan pendamaian.

 

Sumber: Instagram Puteri Sarah