‘Saya Belum Bertunang, Dah Tiba Masa Saya Akan Umum’ - Afifah Nasir

Disangka sudah bertunang, pelakon Afifah Nasir berkata dia akan mendedahkan status hubungannya apabila tiba waktu yang tepat. 

Sebelum ini tular sebuah gambar dia dan kekasihnya berbusana sedondon namun Afifah berkata dia kini belum mengikat pertunangan dengan kekasihnya itu. 

Menurutnya, majlis yang dihadiri mereka bukanlah majlis pertunangan, sebaliknya kenduri akikah anak saudaranya. 

 

 

“Bukan. Bukan bertunang. Kami pakai sedondon sebab akikah anak akak saya, semua pun pakai sedondon macam hari raya.

“Nanti apabila sampai masa saya akan maklumkan,” katanya. 

Namun begitu, Afifah sehingga sekarang tidak berkongsi identiti jejaka berkenaan sekaligus meninggalkan tanda tanya mengenai status mereka berdua. 

Rata-rata pengikut laman Instagramnya teruja selain memuji menganggap mereka pasangan serasi dan sepadan.

Sumber: Kosmo