Kongsi Foto First Time Mengundi, Netizen Nak Tahu Isi Beg Kecil Hanis Zalikha

Baru-baru ini, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha telah berkongsi satu foto kenangan selepas mereka membuang undi pada PRU15 lalu.

 

Foto itu telah menarik perhatian ramai bukan sahaja kerana mereka pertama kali membuang undi, sebaliknya beg silang kecil yang dipakai oleh Hanis.

kongsi foto first time mengundi, netizen nak tahu isi beg kecil hanis zalikha

Rata-rata netizen curiga dan ingin tahu apa sahaja barangan yang boleh diletakkan dalam beg sekecil itu, sehingga ada yang berseloroh ia hanya diisi dengan oksigen sahaja.

 

“Kadang-kadang saya cemburu tengok orang bawa beg kecil macam tu. Letak IC saja ke? Saya kalau keluar berat beg saja dah 3 kg. Sampai senget la bahu. Ni tengok orang lain bawa, alahai comelnya. Isi apa saja tu?”

“Beg Hanis itu letak apa ja ya? Tak boleh tidur petang selagi aku tak dapat jawapan.”

“Isk beg isi oksigen je ke?” antara komen beberapa netizen yang menghiburkan.

kongsi foto first time mengundi, netizen nak tahu isi beg kecil hanis zalikha

Terdahulu, pasangan selebriti ini pernah menerima kecaman daripada netizen selepas mereka tidak keluar mengundi pada PRU14 pada 2018 kerana terikat dengan komitmen kerja.

 

Sumber: Instagram