98.5 Peratus Kes Baru COVID-19 Tidak Bergejala dan Bergejala Ringan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat sebanyak 17,786 lagi kes baharu positif COVID-19 di Malaysia pada 31 Julai 2021.

 

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 260 kes (1.5 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 17,526 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

98.5 peratus kes baru covid-19 tidak bergejala dan bergejala ringan

Tambah lagi, terdapat 165 kes kematian yang dicatatkan, dengan  52 kes di Selangor, 30 kes di Johor, 23 kes di Negeri Sembilan,  18 kes di Kedah, masing-masing sembilan (9) kes di Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh (7) kes di Pulau Pinang, empat (4) kes di Melaka, masing-masing tiga (3) kes di Perak,Terengganu, dan Sarawak,  dua (2) kes di Pahang serta masing-masing satu (1) kes di Kelantan dan Perlis.

98.5 peratus kes baru covid-19 tidak bergejala dan bergejala ringan

Perincian status terkini COVID-19 setakat jam 12 tengah hari 31 Julai 2021 adalah seperti berikut:

  • Kes sembuh : 11,718 kes (914,639 kes kumulatif, 82.2%);
  • Kes baharu : 17,786 kes (1,113,272 kes kumulatif);
  • Kes import : 9 kes (5 warganegara, 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 17,777 kes [15,151 warganegara (85.2%);  2,626 bukan warganegara (14.8%)];
  • Kes aktif : 189,609 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,062 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 534 kes;
  • Kes kematian : 165 kes (9,024 kes kumulatif, 0.81%; 155 warganegara, 10 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,679 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 28 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,573 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,106 kluster.

 

Sumber: KKM