Kini 6.1 Juta Ahli KWSP Ada Baki Kurang RM10,000

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan memaklumkan kini seramai 6.1 juta ahlinya mempunyai baki kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka.

kini 6.1 juta ahli kwsp ada baki kurang rm10,000

Ia ekoran daripada kemudahan yang diberikan seperti i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berikutan pandemik COVID-19 yang mana mengakitbatkan sejumlah RM101 bilion telah dikeluarkan dan disalurkan kepada 7.4 juta ahli.

 

“Daripada jumlah tersebut, seramai 3.6 juta mempunyai kurang daripada RM1,000, seterusnya menjadikan mereka lebih rentan dan tanpa perlindungan persaraan.

“Ia meskipun pengeluaran tersebut telah memberikan sedikit kelegaan kewangan kepada ahli semasa pandemik dan pelbagai peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kejatuhan dalam jumlah simpanan ini ternyata lebih merisaukan untuk ahli bumiputera, memandangkan seramai 78 peratus, atau lebih tiga perempat telah memohon untuk fasiliti pengeluaran tersebut.

“Akibatnya, seramai 4.4 juta, atau 54 peratus, ahli bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM1 0,000, dan 2.0 juta, atau 25 peratus, mempunyai kurang daripada RM1,000,” jelas kenyataan tersebut pada Ahad.

 

Disebabkan itu, KWSP kini dalam usaha membantu ahli membina semula simpanan demi masa depan persaraan mereka.

 

“Berikutan keperluan untuk melindungi masa depan ahli dan membina semula dana persaraan mereka, sebarang pengeluaran luar biasa tambahan pada masa hadapan perlu dipertimbangkan dengan teliti.

“KWSP berharap langkah-langkah yang dilaksanakan untuk menyokong pemulihan ekonomi dan merangsang pekerjaan akan membantu ke arah memenuhi keperluan rakyat,” tambah kenyataan itu lagi.

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN