Bengkel Baiki Kenderaan Dibenarkan Buka Sepanjang PKP Penuh Ini

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 bermula hari ini, 1 Jun hingga 14 Jun depan, terdapat beberapa sektor perkhidmatan perlu yang telah dibenarkan untuk operasi.

bengkel baiki kenderaan dibenarkan buka sepanjang pkp penuh ini

Baca: Senarai 17 Perkhidmatan Dibenarkan Ketika Total Lockdown

 

Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam satu kenyataan, bengkel membaiki kenderaan dan juga kedai tayar adalah antara sektor yang dibenarkan operasi meskipun ia bukan dibawah kawal selia kementerian terbabit, namun ia masih berkait dengan sektor pengangkutan serta logistik.

bengkel baiki kenderaan dibenarkan buka sepanjang pkp penuh ini

Selain itu, terdapat 30 perkhidmatan perlu bagi sektor pengangkutan dan logistik yang juga dibenarkan:

  1. Perkhidmatan freight forwarder.
  2. Ejen kastam 
  3. Ejen perkapalan
  4. Perkhidmatan pelabuhan, limbungan, jeti dan lapangan terbang 
  5. Perkhidmaton terminal dan feri penumpang dan yang berkaitan seperti operasi pembersihon dan nyahkuman, bengkel pembaikan feri dan lain-lain
  6. Kren
  7. Aktiviti penstoran
  8. Kenderaan perdagangan hanya dalam kategori perkhidmatan perlu (haulier, lori, bas, teksi, courier)
  9. Perkhidmaton sewa kenderaan
  10. Operasi rel barangan
  11. Operasi kargo udara 
  12. Operasi shipping Iine dan Non-Vessel Operating Common Carrier (NVOCC)
  13. Operasi Inland Container Depot 
  14. 0perasi ancillary services kepada pengangkutan rnelalui darat, air atau udora seperti: 
  • Pemusnahan dagangan zon bebas
  • Cargo survey
  • Pembekalan keperluan kapal
  • Pembekalan keperluan kapal
  • Kerani hitung banding
  • Lashing & unlashing
  • Membekal air bersih (fresh water supply) 
  • Membekal pemandu kapal-kapal Ro-Ro
  • Packing & unpacking
  • Pembekalan minyak bunker kapal
  • Pembekalan jentera konveyor
  • Pembekalan jentera kren
  • Pembekalan jentera punggah
  • Pembekalan net keselamotan
  • Pembekalan stevedoring gears
  • Pembersihan tumpahan dagangan berbahaya
  • Penerimaan sisa buangan kapal berjadual
  • Pengendalian dagangan pukal
  • Pewasapan kontena (fumigation)
  • Penerimaan sisa buangan sampah domestik kapal
  • Stevedoring
  • Trimming gang
  • Penyelaman (diving) bagi aktiviti pengimpalan bawah perut kapal
  • Pengerukan dan aktiviti berkaitan termasuk survei bawah laut.
  • Pemaliman (pilotage)
  • Pembekal minyak pelincir kapal (fubricant)
  • Penerimaan sisa kumbahan kapal (iwk sahaja)
  • Servis kepada bot & pelabuhan
  • Towing
  • MRO (maintenance. repair, and operations) 

 

15. Perkhidmatan lapangan Terbang

16. Perkhidmatan sokongan di lapangan terbang seperti hotel dan Food & Beverages Outlet

17. Perkhidmatan penerbangan Berjadual/Tidak berjadual (penumpang dan kargo) termasuk penerbangan repatriasi

18. Perkhidmatan air specialty seperti medivac

19. Perkhidmatan penerbangan am (General Aviation - GA) (pemiagaan don jet persendirian) 

20. Perkhidmaton Kawalan Trafik Udara (Air Traffic Control Services)

21. Perkhidmatan Organisasi Pengurusan Kelayakan Terbang Berterusan

22. Perkhidmatan Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih Pesawat

23. Perkhidmaton Pengendalian Darat (Ground Handling Services) seperti Pengendalian Bahan Api (refuelling), Katering, Pengendalian Kargo, Penumpang, Bagasi. Pentadbiran dan Penyeliaan Darat. Pengendalian Muatan dan Mel

24. Perkhidmaton bas: Bas Henti-henti , Bas Ekspres, Bas Catar, Bas Pelancongan, Bas Mini, Bas Pengantara, Bas lapangan Terbang, Bas Pekerja 

25. Perkhidmatan rel penumpang KTMB (ETS, Antarabandar & Komuter), Prasarana/RapidRail (MRT, LRT & Monorel) ERL (KLIA Ekspres & KLIA Transit).

26. Perkhidmatan fasiliti awam di stesen keretapi

27. Perkhidmatan Maintenance, Repairs and Overhouls (MRO) untuk tren

28. Perkhidmatan terminal pengangkutan awam

29. Perkhidmaton teksi dan e-hailing bagi menjalankan perkhidmatan mengambil penumpang

30. Operasi courier/p-hailing (penghantaran barangan melalui kenderaan persendirian dan perdagangan) 

 

 

Sumber: MOT