Pelakon, Nora Danish mengakui hanya akan makan hidangan kegemarannya iaitu lemang hanya pada hari raya.
Menurut Nora, beliau berbuat sedemikian kerana enggan merosakkan mood hari raya dan tidak akan merasai hidangan tersebut pada hari biasa selain hari raya Aidilfitri.
“Makanan kegemaran saya apabila tibanya hari raya Aidilfitri ialah lemang. Saya tidak akan makan lemang pada hari biasa sebab tak nak rosakkan feel hari raya itu sendiri,” kata Nora.
Tambah Nora lagi, beliau juga teruja melihat telatah anaknya meraikan hari lebaran.
"Mereka ni sebenarnya sangatlah teruja terutama Ney Ney. Bagi dia raya adalah cuti dan dapat duit raya, tak terfikir pun fasal mercun semua. Beza dengan kita dulu-dulu.
"Sekarang ni saya baru sedar betapa ruginya tak luangkan masa bersama anak-anak ketika mereka kecil.
"Yang pertama dah masuk sekolah asrama, dah jarang balik rumah. Yang kedua pun sekolah juga, jadi tinggal Ney Ney saja dengan kami sekarang.
"Masa Rayqal kecil saya aktif bekerja, jadinya saya selalu tertinggal zaman budak-budak dia. Oleh itulah, saya betul-betul berikan perhatian kepada Ney Ney sekarang," tambahnya.
Sumber: Gempak