Hampir 2.6 Juta Ada Simpanan Kurang RM1,000 Akaun 1 KWSP

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata hampir 2.6 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya ada simpanan kurang daripada RM1,000 dalam akaun 1.

hampir 2.6 juta ada simpanan kurang rm1,000 akaun 1 kwsp

Menurut beliau, lebih RM57 bilion telah dikeluarkan oleh 6.4 juta ahli melalui kemudahan i-Sinar, manakala RM20.8 bilion telah dikeluarkan oleh 5.3 juta ahli melalui i-Lestari.

 

"Ini jelas dan nyata bahawa rakyat amat terkesan dengan penutupan ekonomi dan terpaksa mengorbankan simpanan mereka sendiri untuk masa depan hanya untuk bertahan hari ini," katanya.

 

Justeru menurutnya dengan pembukaan sektor ekonomi ketika pelaksanaan PKP 3.0 ini diharap dapat membantu golongan berkenaan mengumpul semula simpanan hari tua mereka.

 

Katanya, jika sektor utama seperti perkilangan tidak beroperasi, ia akan memberi kesan berpanjangan dan berlarutan terutamanya kepada sektor ekonomi.

 

Sumber: Astro AWANI