16 Daripada 22 Lagi Kluster Baru COVID-19 Adalah Dari Tempat Kerja

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 5,218 lagi kes baru positif COVID-19 pada 28 Jun 2021, menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan COVID-19 di Malaysia kini melonjak kepada 739,266 kes.

Berikut adalah status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 28 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,744 kes (672,453 kes kumulatif, 91.0%);
  • Kes baharu : 5,218 kes (739,266 kes kumulatif);
  • Kes import : 7 kes (1 warganegara, 6 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 5,211 kes [4,121 warganegara (79.1%); 1,090 bukan warganegara (20.9%)];
  • Kes aktif : 61,812 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 899 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 451 kes;
  • Kes kematian : 57 kes (5,001 kes kumulatif, 0.68%; 54 warganegara, 3 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,794 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 22 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 1,914 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 880 kluster.

Berikut pula adalah perincian 22 kluster baharu yang dilaporkan, dimana 16 daripadanya adalah berpunca daripada tempat kerja.

16 daripada 22 lagi kluster baru covid-19 adalah dari tempat kerja

Dalam pada itu juga, terdapat sebanyak 57 kes kematian pada 28 Jun 2021, yang melibatkan 15 kes di Selangor, 13 kes di Negeri Sembilan, enam (6) kes di Johor, lima (5) kes di Melaka, masing-masing tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Perak, masing-masing dua (2) kes di Sarawak, Kedah, Pahang, dan Kelantan,serta satu (1) kes di Pulau Pinang.

16 daripada 22 lagi kluster baru covid-19 adalah dari tempat kerja

Sumber: KKM