Buka Jalan Masa Depan: UNITAR Offer Pendidikan Mampu Milik & 14 Myvi?

Artikel ini ditaja oleh UNITAR

Student unitar

Kredit: UNITAR & Canva

Jujur lah kan, kos belajar sekarang bukan main tinggi lagi dan disebabkan itu, segala hajat dan impian makin terkubur. Ada yang cari kerja dulu, baru sambung belajar dan bermacam lagi lah.

Persoalannya, ada ke yang mampu milik? Kalau korang familiar dengan UNITAR, ia adalah institusi yang patut korang survey tau.

Silap-silap, boleh dapat kereta lagi. Biar betul UNITAR ni kan? 

Jadi, Apa Yang UNITAR Tawarkan? 

#1 Program Relevan Dengan Kerjaya & Fokus kepada Kemahiran

Graduan Unitar

Kredit: UNITAR 

Program yang ditawarkan oleh UNITAR merangkumi bidang pendidikan, perniagaan, IT, reka bentuk, psikologi, logistik, pengurusan hospitaliti dan banyak lagi.

Tapi apa yang special?

Kalau nak tahu, program-program UNITAR memang  diselaras dengan keperluan industri semasa, jadi ia lebih relevan dan sangat membantu pelajar bersedia untuk memasuki dunia pekerjaan. 

#2 Mampu Milik + Biasiswa, Peluang Untuk Semua!

Biasiswa UNITAR

Kredit: UNITAR 

Bajet terhad atau kos terlalu tinggi? Jangan risau, di UNITAR, korang still boleh dapat pendidikan berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Paling senang hati, ada pelbagai bantuan kewangan dan biasiswa disediakan, mengikut keperluan dan latar belakang kewangan keluarga.

Membuka peluang pendidikan kepada lebih ramai pelajar untuk melanjutkan pengajian ke university. Macam dalam video ni:

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by UNITAR (@myunitar)

Bagusnya lagi, pelajar yang cemerlang layak memohon biasiswa bermula daripada 1A dengan nilai tajaan yang boleh mencecah sehingga 100% yuran pengajian!

#3 Kadar Kebolehpasaran Graduan UNITAR Mencecah 98% 

Graduan UNITAR

Kredit: UNITAR 

Satu fakta penting yang patut korang tahu adalah kadar kebolehpasaran graduan UNITAR mencecah 98 peratus menurut kajian pengesanan graduan Kementerian Pengajian Tinggi 2024.

Data ini sangat tinggi yer, sekali gus membuktikan graduan UNITAR mudah untuk mendapat permintaan tinggi dalam industri.

Apa rahsianya? Difahamkan UNITAR menyediakan program internship yang terancang, bagi memastikan pelajar bersedia untuk dunia pekerjaan sebenar sebaik tamat pengajian. No wonder lah!

#4 Fleksibel & Mudah Diakses

Graduan UNITAR

Kredit: UNITAR 

Okay ini untuk korang yang nak sambung belajar tapi ada masa agak terhad sebab urusan lain.

UNITAR mempunyai pembelajaran dalam talian dan pembelajaran campuran (blended learning) yang memudahkan pelajar lepasan sekolah atau golongan bekerja belajar mengikut jadual yang lebih flexibel.

Jadi tak ada alasan tak ada masa okay!

Tapi Apa Kaitan Sambung Belajar Di UNITAR Dengan Kereta? 

Haa jangan tak tahu, untuk pengambilan September 2025, UNITAR kembali dengan kempen 14 Kereta 14 Pemenang. Ini bermaksud ada 14 pelajar bertuah dari seluruh negara akan memenangi Perodua Myvi baharu.

Menang kereta dengan UNITAR

Kredit: UNITAR 

Selepas kejayaan kempen terdahulu pada tahun 2024 (13 Perodua Axia) dan pemberian 52 unit emas 20g, UNITAR kini menawarkan hadiah yang lebih besar yer!

Macam Mana Nak Sertai & Menang Perodua Myvi? 

Mudah je, korang hanya perlu follow syarat ni:

  • Terbuka kepada pelajar baharu yang mendaftar untuk pengambilan September 2025
  • Layak untuk semua program pengajian: TVET, Sijil, Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana & Doktor Falsafah
  • Tempoh kempen: 4 Ogos hingga 31 Oktober 2025

Kempen ini bukan sekadar ganjaran, ini adalah usaha UNITAR untuk mengubah kehidupan, memberi motivasi kepada pelajar dan menyokong perjalanan pendidikan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat.

Jadi ambil peluang sekarang! Bak kata UNITAR, “seorang raja pun perlukan permulaan”! Daftar sini: Kemasukan September