Zaman sekarang adalah zaman ‘always ready for the gram’ kalau bercuti pun mesti nak tangkap gambar cantik cantik. Sambil makan angin boleh bergambar jadikan kenangan. Lagi lagi kualiti phone camera yang semakin canggih, semua orang sudah gila bergambar. Gambar yang cantik memerlukan tempat yang cantik, lighting yang cukup dan angle yang tepat. Mudah je nak jadi professional, ikut tips ini!
via GIPHY
- Tempat yang cantik dan menarik:
Sebelum travel ke sesuatu tempat, dapatkan info dan google tempat menarik yang bakal dikunjungi. Kenal pasti cuaca dan pakaian yang sesuai untuk bergambar.
- Posing:
Posing yang baik akan mencantikkan lagi gambar tersebut. Korang belajar la cara nak pose, jangan berdiri tegak macam kayu pula. Ataupun korang boleh google dulu gambar yang cantik dijadikan sebagai rujukan.
- Tripod & monopod:
Kepada solo traveler jangan lupa bawak tripod atau monopod. Boleh la selfie & berOOTD walaupun seorang diri.
- Mood membuatkan gambar lebih berkesan
Kekal happy dan enjoy sepanjang percutian kerana mood adalah sangat penting untuk menghasilkan gambar yang cantik.
- Cuba pelbagai aktiviti
Tak salah pun nak mencuba sesuatu di tempat orang seperti flying fox, naik belon panas ataupun makan ice cream. Kepelbagaian ini membuatkan gambar korang lebih menarik.
Selamat mencuba ya!
Sumber: Scarfsweethoney
Oleh: Khalie Azmi