Bayi Berisiko Mati Dalam Kandungan Jika Ibu Hidap Diabetes

Wanita hamil memerlukan penjagaan kesihatan yang sangat teliti dalam memastikan keselamatan bayi serta ibu terjaga.

bayi berisiko mati dalam kandungan jika ibu hidap diabetes

Antara masalah kesihatan si ibu yang boleh memberi risiko kepada bayi adalah apabila wanita itu menghidap diabetes.

 

Tak kira sama ada diabetes yang dihadapi adalah daripada jenis 1, jenis 2 atau gestasi, ketiga-tiganya boleh menjejaskan perkembangan kehamilan yang sempurna.

bayi berisiko mati dalam kandungan jika ibu hidap diabetes

Sekiranya paras gula dalam darah tidak dikawal dengan baik, maka komplikasi terhadap janin akan menjadi lebih buruk, dan lebih teruk lagi akan menyebabkan stillbirth, iaitu keadaan bila bayi mati dalam kandungan.

 

Kajian melibatkan 130 kehamilan yang berlaku pada tahun 1999 hingga 2006 menunjukkan, 3.9% daripada kehamilan dengan wanita yang mempunyai diabetes jenis 1 menyebabkan bayi meninggal dalam kandungan.

 

Jumlah ini sebenarnya agak tinggi jika dibandingkan dengan wanita lain yang mempunyai kelahiran bayi mati dengan jumlah hanya 0.55% sahaja. Bermaksud, wanita yang mempunyai diabetes mempunyai risiko tujuh kali ganda lebih tinggi untuk melahirkan bayi mati, berbanding wanita bukan penghidap diabetes.

 

Bukan itu sahaja, kajian turut mendapati bahawa wanita hamil yang mempunyai diabetes berisiko dua kali ganda untuk melahirkan bayi secara Czer berbanding wanita bukan penghidap diabetes.

bayi berisiko mati dalam kandungan jika ibu hidap diabetes

Wanita hamil yang menghidap diabetes juga berisiko dua kali ganda untuk melahirkan bayi dengan kecacatan kongenital berbanding wanita yang tidak mempunyai diabetes.

 

Justeru, bagi mengelakkan ini daripada berlaku, adalah sangat penting untuk wanita yang hamil menguruskan keadaan diabetes mereka dengan baik. Sentiasalah pantau paras gula agar ia berada pada tahap yang terkawal. Ikut segala nasihat yang dinyatakan doktor, dan selalulah menjalani pemeriksaan kesihatan bagi menyelamatkan kandungan anda.

 

Sumber: Hellodoktor