Minum Teh Punca Cirit-Birit Atau Sebagai Penawar? Mana Satu Ni?

Terdapat pelbagai variasi dalam minuman teh, seperti teh tarik, teh o, teh susu, teh hijau dan banyak lagi.

minum teh punca cirit-birit atau sebagai penawar? mana satu ni?

Meskipun minuman berasaskan teh ini sering menjadi kegemaran ramai, ada juga mereka yang ketagih dengannya disebabkan kandungan kafein yang tinggi dalam minuman ini.

 

Disebabkan kandungan kafein itulah, teh sering menjadi perdebatan dalam bidang perubatan, sama ada ia baik untuk kesihatan ataupun sebaliknya.

minum teh punca cirit-birit atau sebagai penawar? mana satu ni?

Pernahkah anda merasa sakit perut dan mengalami cirit-birit selepas terlalu banyak meminum teh?

minum teh punca cirit-birit atau sebagai penawar? mana satu ni?

Jika YA, anda tidak keseorangan kerana masalah itu adalah normal disebabkan kandungan kafein yang juga mempunyai fungsi laksatif.

 

Laksatif adalah bermaksud pelawas dan pelancar yang mana membolehkan seseorang itu mudah membuang air kecil dan besar. Antara jenis teh yang kerap dikaitkan dengan punca terjadinya cirit-birit adalah teh susu, teh tarik dan teh dengan pemanis artifisial.

 

Dalam masa sama, untuk sesetengah kes, teh juga dikatakan boleh menjadi penawar kepada cirit-birit seperti teh o, teh bunga, teh halia, teh limau, teh pudina, teh adas, teh kemangi, teh licorice, teh hijau dan teh hitam.

 

Namun, sekiranya penyakit cirit-birit anda itu berlarutan, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Jangan biarkan ia melarat hingga menggangu kehidupan anda seharian.

 

Sumber: Hello Doktor