Hati-Hati, Makanan Laut Pun Boleh Ada Kandungan Merkuri Tanpa Kita Sedar!

Raksa atau merkuri merupakan salah satu unsur kimia. Kegunaan utama raksa adalah dalam termometer, barometer dan alat saintifik lain. Ia juga boleh ditemui dalam produk kecantikkan wajah.

hati-hati, makanan laut pun boleh ada kandungan merkuri tanpa kita sedar!

Namun tahukah anda ada makanan laut yang boleh juga mempunyai kandungan merkuri yang mana ia membahayakan kesihatan?

hati-hati, makanan laut pun boleh ada kandungan merkuri tanpa kita sedar!

Kandungan merkuri yang terkandung dalam ikan dan kerang-kerangan secara umumnya tidak membahayakan selagi ia tidak diambil secara berlebih-lebihan. Tambah pula, makanan laut mempunyai asid lemak omega-3 yang tinggi dan juga rendah lemak tepu dan merupakan makanan yang sihat untuk tubuh badan.

 

Namun, pengambilan secara berlebih-lebihan boleh menyebabkan tahap merkuri yang tinggi dalam badan, seterusnya berbahaya buat janin dan kanak-kanak hingga merosakkan otak dan sistem saraf mereka.

hati-hati, makanan laut pun boleh ada kandungan merkuri tanpa kita sedar!

Wanita hamil juga perlu mengambil sekurang-kurangnya 200 hingga 350 gram ikan dalam masa seminggu dan tidak boleh berlebih-lebihan seperti yang disarankan oleh pakar nutrisi.

 

Jenis ikan yang berbeza juga mempunyai kandungan merkuri yang berbeza. Misalnya, ikan tuna mempunyai kandungan merkuri yang sedikit jika dibandingkan dengan ikan lain. Ikan tuna juga selamat untuk dimakan oleh wanita hamil. Jangan makan ikan jerung, ikan merah, ikan todak, ikan kembung kerana jenis ikan ini banyak mengandungi merkuri.

hati-hati, makanan laut pun boleh ada kandungan merkuri tanpa kita sedar!

Rujuk dengan penasihat tempatan tentang keselamatan ikan yang ditangkap oleh rakan atau ahli keluarga daripada kawasan pantai tempatan anda seperti tasik atau sungai. Ia bagi memastikan ikan yang ingin dimakan bebas daripada persekitaran tercemar.

 

Kesimpulannya, usah risau untuk makan makanan laut, namun anda perlu mengawal pengambilannya dan jangan pula berlebih-lebihan.

 

Sumber: Hello Doktor