Betul Ke Tabiat Letupkan Jari Bahayakan Kesihatan?

Ramai antara kita yang mungkin gemar untuk meletupkan jari, selepas penat melakukan sesuatu pekerjaan.

betul ke tabiat letupkan jari bahayakan kesihatan?
 
Kajian di Amerika Syarikat juga menunjukkan, 54% daripada responden di negara terbabit gemar meletupkan sendi jari tangan masing-masing.

betul ke tabiat letupkan jari bahayakan kesihatan?
 
Ada beberapa sebab mengapa seseorang itu suka meletupkan jari tangan seperti membuatkan diri rasa puas dan nikmat, menghilangkan rasa stress dan juga tabiat yang dilakukan tanpa sedar.

 
Meskipun saintis tidak dapat memahami sepenuhnya mekanisme disebalik fenomena letupan jari ini terhasil, teori paling popular adalah berkait dengan penghasilan dan penghapusan buih nitrogen atau karbon dioksida dalam cecair sendi. Kajian daripada Universiti Alberta menunjukkan apabila otot sendi ditarik, akan terdapat ruang kecil yang di isi gas, dan apabila ditekan, menyebabkan bunyi pop terhasil.


betul ke tabiat letupkan jari bahayakan kesihatan?

Ada juga yang berpendapat, bunyi itu terhasil kesan dari pergerakan ligamen di sekitar sendi jari.
 
Persoalannya, adalah tabiat meletupkan jari ini membahayakan kesihatan?

betul ke tabiat letupkan jari bahayakan kesihatan?
 
Menurut kajian yang diterbitkan di laman jurnal Artritis dan Reumatologi, seorang doktor yang meletupkan jari pada tangan kiri dua kali atau lebih sehari tidak menemui apa-apa kesan atau simptom artritis, jika dibandingkan dengan jari tangan kanan yang tidak pernah diletupkan.


Secara umumnya, perbuatan meletupkan jari tidak akan membuatkan simptom seperti sakit, bengkak atau perubahan bentuk sendi.

 
Namun jika anda mengalami sebarang perubahan atau simptom akibat tabiat meletupkan jari, berkemungkinan ia disebabkan oleh proses patologi lain yang memerlukan nasihat pakar.

 
Sumber: Hello Doktor
 
 

ARTIKEL BERKAITAN