Nak Lebih Berkesan, Carilah Spray Nyamuk Yang Ada Bahan DEET

Terdapat banyak jenis penghalau nyamuk yang ada dipasaran seperti dalam bentuk semburan, lingkaran mahupun kepingan. Kesemua penghalau nyamuk ini mempunyai satu persamaan iaitu bahan kimia yang digunakan mereka.

nak lebih berkesan, carilah spray nyamuk yang ada bahan deet

Cumanya, bahan kimia yang digunakan itu mungkin berbeza antara satu sama lain membuatkan keberkesanannya juga berbeza.

 

Bagi memberikan perlindungan kepada anda dan keluarga serta haiwan peliharaan, anda disarankan untuk menggunakan penyembur nyamuk yang mempunyai DEET.

nak lebih berkesan, carilah spray nyamuk yang ada bahan deet

DEET adalah singkatan kepada nama N,N-diethyl-m-toluamide yang disahkan selamat jika digunakan mengikut arahan tertulis dibelakang penyembur nyamuk. Malah, reaksi toksik disebabkan DEET juga amat jarang berlaku jika ia digunakan dengan betul.

nak lebih berkesan, carilah spray nyamuk yang ada bahan deet

Menurut Journal of Insect Science, DEET bukan sahaja dapat melindungi anda daripada gigitan nyamuk, malah perlindungannya juga bersifat jangka panjang dan sangat efektif.

 

Selain DEET, spray nyamuk yang mengandungi bahan seperti picaridin, IR3535 dan juga minyak lemon eucalyptus juga telah disenaraikan oleh Environmental Protection Agency (EPA) sebagai bahan yang selamat untuk menghalau nyamuk.

nak lebih berkesan, carilah spray nyamuk yang ada bahan deet

Ubat penghalau nyamuk semulajadi seperti serai juga mungkin 100% selamat untuk digunakan, meskipun ia tidaklah begitu efektif atau tahan lama seperti DEET.

 

Selain menggunakan produk penghalau nyamuk, berikut adalah cara lain yang anda boleh cuba bagi mengelakkan daripada gigitan nyamuk:

  1. Memakai baju berlengan panjang, seluar panjang dan stoking semasa tidur.
  2. Masukkan baju ke dalam seluar untuk mengelakkan sebarang lubang yang boleh menjadi tempat masuk nyamuk.
  3. Duduk di dalam rumah, lebih-lebih lagi jika ada penyakit bawaan nyamuk di kawasan anda.
  4. Gunakan kelambu jika rumah anda berada di dalam kawasan yang banyak nyamuk.
  5. Gunakan penghalau nyamuk yang disahkan selamat.
  6. Pasang jaring pada pintu dan dinding rumah untuk mengelakkan nyamuk.
  7. Buang barang-barang yang boleh menakung air di kawasan rumah.
  8. Musnahkan semua tempat yang boleh menjadi habitat nyamuk sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  9. Jika anda mempunyai anak kecil, pastikan mereka membasuh tangan setelah memegang spray atau ubat nyamuk.

 

Sumber: Hello Doktor