Cara Pakai Pelitup Muka Berganda Seperti Disaran KP Kesihatan

Bagi memberi perlindungan tambahan kepada orang ramai yang perlu berada di tempat awam, baru-baru ini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menyarankan pemakaian pelitup muka berganda.

cara pakai pelitup muka berganda seperti disaran kp kesihatan

Menerusi laman web rasmi beliau, terdapat panduan ringkas mengenai pemakaian pelitup muka berganda oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS).

 

Menurut panduan tersebut, pihak CDC dan pakar  penyakit berjangkit terkemuka AS, Dr. Anthony Fauci telah menjalankan validasi ke atas pemakaian pelitup muka berganda dan didapati membantu menapis lebih banyak partikel berbanding satu pelitup muka kain dengan perlindungan sehingga 84.5 peratus.

cara pakai pelitup muka berganda seperti disaran kp kesihatan

“Terdapat dua kaedah telah dikaji bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan pelitup muka.

“Kajian CDC menunjukkan pemakaian pelitup muka berganda (pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan) dapat mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus COVID-19,” menurut maklumat tersebut.

 

Pemakai perlu mengikat gelung telinga ke tepian pelitp muka dan selitkan lipatan sisi pelitup muka bagi mengurangkan jurang dengan muka.

cara pakai pelitup muka berganda seperti disaran kp kesihatan

Pemakaian pelitup muka berganda ini sudah pasti akan menjadikan penafasan sedikit sukar, namun secara umumnya penggunaan pelitup muka perubatan (3-ply surgical mask) dengan pelitup muka kain dapat digunakan dengan baik oleh kebanyakan pengguna dan ianya tidak mengurangkan pembekalan oksigen kepada pemakai.

cara pakai pelitup muka berganda seperti disaran kp kesihatan

Berikut adalah kaedah pemakaian pelitup muka berganda yang betul:

  • Gunakan pelitup muka perubatan dengan pelitup muka kain.
  • Elak mengenakan dua pelitup muka perubatan atau dua pelitup muka kain sebagai pelitup muka berganda.
  • Manakala pelitup muka N95 sepatutnya digunakan satu sahaja dan tidak dipasangkan dengan pelitup muka lain.
  • Pelitup muka N95 adalah piawaian tertinggi bagi jenis pelitup muka. Ianya boleh melitup permukaan muka dan menapis sehingga 95% partikel (sekiranya dikenakan dengan betul). Oleh itu, tiada keperluan untuk mengenakan pelitup muka berganda bagi pelitup muka jenis ini.

cara pakai pelitup muka berganda seperti disaran kp kesihatan

 

Sumber: KP Kesihatan