Hampir setiap hari, ramai orang berkongsi tips dan trik yang berguna, pelik malah menarik untuk dicuba. Antaranya, trik pelik ini yang kini menjadi trending di TikTok.
Menerusi perkongsian oleh @quintymirjam, beliau berkongsi cara untuk membentuk bun rambut yang cantik dengan hanya menggunakan penutup minuman yang diperolehnya dari sebuah restoran segera.
Untuk melakukan trik ini, pertama sekali anda perlu menyikat dan mengikat separuh rambut menjadi gaya ponytail.
Kemudian, bekas penutup itu diletakkan diatas ponytail tadi, sebelum rambut ditarik menggunakan getah rambut melalui lubang pada bahagian atas penutup berkenaan.
Seterusnya, penutup itu ditutup menggunakan ponytail dan ikat dengan getak rambut hingga membentuk seperti donat.
Apabila donut sudah terbentuk, rapikan separuh hair bun tersebut. Lilit sahaja lebihan rambut yang terjuntai dibawah hair bun.
Ambil pin rambut dan sisip rapi rambut yang berlebihan.
Lihat video dibawah untuk lebih jelas:
Selamat mencuba!
Sumber: Tiktok @quintymirjam / Wanista