Sejauh Mana Kebenaran Isi Minyak Waktu Malam Lebih Jimat?

Mengisi minyak pada kenderaan adalah satu keperluan yang tidak dapat disangkalkan lagi kepada semua pemilik dan pengguna.

sejauh mana kebenaran isi minyak waktu malam lebih jimat?

Disebabkan itu, terdapat banyak tips atau mitos yang berkaitan dengan cara mengisi minyak agar ia dapat menjimatkan duit poket kita.

 

Antaranya, petua untuk menyilangkan nozel pam minyak supaya minyak dapat disalurkan dengan lebih efisyen. Tidak pasti sejauh mana kebenaran ini.

sejauh mana kebenaran isi minyak waktu malam lebih jimat?

Selain itu, petua untuk mengisi minyak pada waktu malam juga antara yang popular dalam kalangan pengguna kenderaan. Katanya ketika waktu malam, suhu yang rendah memainkan peranan penting dalam aspek kecekapan bahan api.

sejauh mana kebenaran isi minyak waktu malam lebih jimat?

Bagaimanapun menurut pakar dari syarikat minyak terkemuka, Shell Fuels iaitu Mike Evans, meskipun ada kebenarannya akan tindak balas cecair dengan suhu sejuk dan panas, namun kesan penjmatan minyak pada waktu malam adalah pada tahap minimum. Oleh itu, mengisi minyak pada waktu malam tidak membantu pun dalam penjimatan bahan api.

 

Tambah lagi, ada beberapa mitos yang menjadi kepercayaan pengguna dalam mengisi minyak seperti:

1. Hidupkan enjin sebelum bergerak dapat menjimatkan bahan api

2. Memandu perlahan-lahan dapat menjimatkan minyak

3. Kurang tukar gear bantu jimatkan bahan api.

 

Cara yang betul untuk membantu anda menggunakan bahan api dengan lebih baik adalah:

1. Gunakan bahan api dan minyak dengan gred yang betul

2. Elakkan memecut atau brek dengan keras

3. Gunakan gear tinggi pada kelajuan rendah dan tukar gear pada waktu tepat tanpa memaksa enjin bekerja keras

4. Matikan enjin sekiranya sedang menunggu seseorang

5. Pandu ikut had kelajuan yang ditetapkan

6. Jika cuaca tidak panas, guna sahaja udara pada tingkap dan tutup pendingin hawa

 

Selamat mencuba!

 

Sumber: Maskulin