Dah Puas Cuba Bermacam Cara, Tapi Berat Badan Tetap Naik? Ia Mungkin Sebab Hormon!

Ramai antara kita yang telah melakukan bermacam kaedah untuk menurunkan berat badan, termasuklah bersenam dan menjaga pola pemakanan.

 

Namun, masih ramai yang tidak mendapat keputusan yang diinginkan meskipun telah mencuba pelbagai kaedah menurunkan berat badan. Dalam hal ini, ada satu perkara yang boleh dipersalahkan iaitu ketidakseimbangan hormon.

 

Ini kerana biologi asas manusia mempunyai kesan yang lebih besar dalam menjadi penentu sama ada usaha turunkan berat badan berjaya atau sebaliknya.

 

Berikut adalah 9 cara untuk memperbaiki hormon yang mengawal berat badan seseorang:

 

#1 Insulin

dah puas cuba bermacam cara, tapi berat badan tetap naik? ia mungkin sebab hormon!

Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel beta pankreas. Ia dirembeskan dalam jumlah kecil sepanjang hari dan dalam jumlah yang lebih besar selepas makan. Insulin membolehkan sel mengambil gula darah untuk digunakan sebagai tenaga atau disimpan, bergantung pada keperluan badan pada masa itu. Dengan mengelakkan makanan tinggi gula dan karbohidrat, kita dapat mengawal tahap insulin daripada naik mendadak, seterusnya boleh mengawal berat badan.

 

#2 Leptin

dah puas cuba bermacam cara, tapi berat badan tetap naik? ia mungkin sebab hormon!

Sel-sel lemak di seluruh tubuh manusia menghasilkan leptin, hormon yang bertanggungjawab mengurangkan selera makan dan memberikan sensasi kenyang. Jika anda berjaya mengawal jumlah pemakanan, maka usaha untuk menurunkan berat badan juga boleh berjaya.

 

# 3 Ghrelin

dah puas cuba bermacam cara, tapi berat badan tetap naik? ia mungkin sebab hormon!

Setiap kali anda merasa lapar, perut akan melepaskan hormon yang dikenali sebagai ghrelin (hormon yang mencetuskan mesej biokimia tertentu ke hipotalamus, yang memberi isyarat kepada otak untuk makan). Hormon ini berada pada tahap tertinggi sebelum makan, dan menurun apabila selepas makan. Kurangkan makanan manis dan bergula, maka anda dapat mengawal paras ghrelin dengan mudah.

 

#4 Kortisol

dah puas cuba bermacam cara, tapi berat badan tetap naik? ia mungkin sebab hormon!

Hormon kortisol dalam badan dihasilkan oleh kelenjar adrenal. Ia akan dikeluarkan apabila kita berada dalam keadaan tertekan atau cemas, dan apabila ia terjadi, tubuh secara semula jadi mula menyimpan makanan sebagai tenaga untuk mengelakkan kelaparan. Jadi, untuk elakkan daripada masalah ini, anda dinasihatkan untuk tidur secukupnya, makan makanan seimbang dan kaya dengan sayur-sayuran.

 

# 5 Estrogen

dah puas cuba bermacam cara, tapi berat badan tetap naik? ia mungkin sebab hormon!

Hormon ini lebih tinggi pada wanita berbanding lelaki dan menjadi hormon seks yang paling penting bagi wanita. Apabila berlaku turun naik paras estrogen, proses semula jadi yang menyebabkan kenaikkan berat badan juga berlaku. Jadi, untuk mengawal paras estrogen, anda dinasihatkan untuk makan lebih makanan berasaskan serat dan juga sayur-sayuran.

 

# 6 Neuropeptide Y (NPY)

dah puas cuba bermacam cara, tapi berat badan tetap naik? ia mungkin sebab hormon!

Hormon ini juga bertanggungjawab dalam mencetuskan selera makan, memberi signal kepada badan apabila lapar, dan memicu sensasi untuk buat anda makan. Amalan berpuasa misalnya dapat mengurangkan hormon ini dan mencegah tabiat makan berlebihan.

 

# 7 Glucagon-Like Peptide-1 (GLP-1)

dah puas cuba bermacam cara, tapi berat badan tetap naik? ia mungkin sebab hormon!

Hormon ini pula dihasilkan dalam sistem penghadaman, perut dan juga usus seseorang. Ia penting dalam mengatur tahap gula dalam darah dan mengurangkan selera selepas anda makan. Untuk meningkat hormon ini, anda digalakkan makan banyak sayur-sayuran hijau, protein dan makanan probiotik secara berkala.

 

# 8 Cholecystokinin (CCK)

Sama seperti GLP-1, hormon ini juga dihasilkan di sistem penghadaman dan usus manusia. Ia juga digunakan untuk bantu mengurangkan selera makan dan menghilangkan rasa mengidam (craving). Makanan seperti protein, serat dan lemak sihat dapat meningkatkan pengeluaran hormon ini dan akhirnya berjaya mengawal berat badan.

 

# 9 Peptide YY (PYY)

Hormon ini dihasilkan oleh usus dan bertanggungjawab untuk mengawal selera makan anda dalam menurunkan risiko kegemukan. Ia boleh dikawal dengan makanan berasaskan protein, serat, dan lemak sihat, berserta pengamalan diet rendah-karbohidrat.

 

Justeru, tabiat pemakanan yang betul dapat mengawal paras hormon dan akhirnya menyokong penurunan berat badan anda.

 

Sumber: Hello Doktor