Bengkak Pada Leher Tapi Tak Sakit Tanda Awal Penyakit Hashimoto

Kita mungkin biasa terdengar penyakit tiroid, namun pernahkah anda dengar tentang penyakit Hashimoto atau tiroiditis Hashimoto?

bengkak pada leher tapi tak sakit tanda awal penyakit hashimoto

Hashimoto merupakan satu kondisi yang menyebabkan sistem imun badan bertindak menyerang sel tiroid. Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui.

bengkak pada leher tapi tak sakit tanda awal penyakit hashimoto

Saintis bagaimanapun percaya penyakit Mashimoto ini adalah berkait dengan faktor genetik yang biasa terjadi kepada wanita pertengahan usia. Berbanding dengan lelaki, wanita mempunyai tujuh kali ganda risiko menghidap penyakit ini.

 

Hipotiroidisme yang berlaku disebabkan penyakit Hashimoto terjadi apabila kelenjar tiroid tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk penggunaan tubuh badan kerana hormon tersebut telah dimusnahkan oleh sistem imun badan pesakit.

bengkak pada leher tapi tak sakit tanda awal penyakit hashimoto

Hormon tiroid secara amnya mempunyai fungsi yang amat penting dalam regulasi metabolisme badan dan menukar makanan kepada sumber tenaga.

 

Tanpa tenaga yang mencukupi, badan tidak dapat berfungsi secara normal, menyebabkan pesakit akan rasa penat dan tidak mempunyai tenaga untuk meneruskan aktiviti seharian.

 

Antara kesan daripada Hipotiroidisme adalah seperti:

  1. Berat badan pesakit akan meningkat disebabkan hipotiroidisme. Mereka juga akan sering rasa letih.
  2. Pesakit sukar untuk berfikir dengan jelas dan mempunyai masalah memori. Kadangkala, hipotiroidisme boleh disalah diagnosis sebagai depresi.
  3. Wanita boleh mengalami masalah kitaran haid dan sukar untuk mengandung.
  4. Pesakit akan mengalami sembelit yang kerap, selalu pedih ulu hati dan alami masalah pencernaan lain.
  5. Hipotiroidisme boleh menyebabkan masalah disfungsi seksual dalam kalangan lelaki dan perempuan.

 

Secara amnya, pesakit Hashimoto sukar dikesan melalui simptom-simptom awal kerana bukan semua pesakit mempunyai petanda dan gejala. Namun, apabila penyakit itu semakin teruk, kelenjar tiroid akan mula membesar dan keadaan ini juga disebut sebagai goiter.

 

Goiter akan menyebabkan leher menjadi bengkak, namun tidak merasa sakit. Bagaimanapun pesakit akan merasa tidak selesa dikawasan tekak, termasuklah simptom yang lain seperti:

  1. Rasa letih.
  2. Peningkatan berat badan.
  3. Rasa seram sejuk.
  4. Sakit sendi dan otot.
  5. Sembelit.
  6. Depresi.
  7. Bengkak pada kawasan mata dan muka.
  8. Kulit kering.
  9. Rambut gugur.
  10. Haid yang tidak teratur.
  11. Sukar untuk mengandung.
  12. Mengalami masalah memori/sukar untuk fokus atau berfikir.

 

Tanda penyakit Hashimoto kebanyakkan adalah sama dengan simptom kelenjar tiroid tidak aktif. Jika tidak dirawat dari awal, ia boleh menyebabkan kerosakan tiroid yang kronik.

 

Secara ringkasnya, penyakit Tiroiditis Hashimoto merupakan sejenis penyakit yang tidak mempunyai sebarang penawar, namun ia boleh dirawat pada peringkat awal. Jika ia dibiarkan, penyakit ini boleh menyebabkan komplikasi yang serius dan kadangkala, kematian.

 

Sila berjumpa doktor jika anda mendapati terdapat perubahan fizikal pada tubuh badan anda. Pemeriksaan awal mampu mencegah sebarang kemungkinan penyakit daripada terus merebak.

 

Sumber: Hello Doktor