Begini Caranya Membezakan 'Burnout' Dan Depresi

Jikalau diperhatikan secara sekilas pandang, gejala ‘burnout’ hampir serupa dengan kemurungan, yang mana mereka yang mengalami kemurungan akan berasa tidak berminat dan letih untuk melakukan perkara yang dahulunya mereka suka.

begini caranya membezakan 'burnout' dan depresi

Selain itu, mereka yang menghidapi kemurungan juga mempunyai masalah untuk berfikir dengan jelas dan berasa tidak berharga.

Menurut pakar psikologi, Melissa Russiano, gejala ‘burnout’ dan kemurungan hampir sama, sekurang-kurangnya pada awalnya.

Kedua-dua keadaan ini serupa, namun tidak sama.

Sementara depresi merupakan masalah yang berkaitan kesihatan mental, ‘burnout’ pula bagaimanapun adalah berpunca daripada faktor sistemik seperti jadual yang padat sehinggakan seseorang itu kekurangan waktu rehat.

Jelas Russiano, ‘burnout’ itu ada kalanya lebih mudah untuk diatasi berbanding dengan kemurungan yang bersifat jauh lebih kompleks.

Namun bagaimanakah caranya untuk membezakan antara dua ini?

Terang Russiano, perbezaan utama yang dapat disedari ialah keletihan merupakan sesuatu yang berkaitan dengan tekanan atau peristiwa tertentu. Ia mungkin bersifat sementara misalnya ‘deadline’ yang semakin hampir atau masalah sistemik yang lebih besar seperti gaji rendah atau hubungan antara majikan dan seseorang pekerja yang tidak begitu menyenangkan.

Sekiranya seseorang itu berasa gelisah pada hujung minggu kerana dia akan bekerja semula pada keesokan hari, besar petanda bahawa dia mengalami ‘burnout’ yang disebabkan pekerjaannya sendiri.

Namun, sekiranya seseorang itu berasa letih dan tidak bermotivasi, baik ketika berada di tempat kerja mahupun di luar tempat kerja, tanpa sebab yang jelas, dia berkemungkinan mengalami tekanan.

Terang Russiano, depresi merupakan sesuatu yang lebih sukar untuk dielakkan berikutan puncanya yang datang daripada pelbagai pelbagai, dan ada kalanya boleh jadi juga disebabkan faktor genetik yang tidak dapat dielakkan.

Seseorang itu mungkin menganggap berlaku perubahan mood pada dirinya atau berhijrah ke sesuatu tempat untuk ‘menyembuhkan’ kemurungan, namun sayangnya, itu bukanlah cara sebenarnya mengenai bagaimana kesihatan mental itu berfungsi.

Russiano turut mengatakan lagi, perbezaan ketara antara ‘burnout’ dan kemurungan yang dipercayai berlaku kerana kombinasi kecenderungan genetik (yang mana tidak semua orang melalui perkara yang sama) dan penyebab awal yang termasuk pengalaman traumatik.

Selain itu, kemurungan juga boleh berlaku walaupun tanpa pencetus.

Gangguan psikologi ini merupakan yang sangat rumit.

Seperti yang dinyatakan Russiano, keletihan bekerja yang dibiarkan berlarutan untuk satu tempoh yang lama boleh mencetuskan fasa kemurungan atau menjadi salah satu faktor seseorang itu menderita kemurungan.

“’Burnout’ itu bukan hanya keletihan biasa,” tegasnya.

“Ia berkait dengan kemurungan dan dapat menyebabkan kemurungan. Sekiranya tidak diperiksa, situasi tersebut boleh mempengaruhi hubungan, kewangan dan kesihatan anda.”

Oleh sebab itu, mereka yang merasa bahawa diri mengalami mana-mana simptom kemurungan, disarankan untuk berjumpa dengan pakar agar dapat didiagnosis dengan betul selain agar dapat dibantu untuk menghadapi masalah tersebut.

Biarpun ‘burnout’ dan kemurungan mungkin tidak dapat dicegah sepenuhnya, namun kedua-dua keadaan ini dapat diatasi, dan tentunya dengan bantuan profesional.

 

Sumber: [1]