Tahukah Anda Tidur Lepas Sahur Adalah Berbahaya?

Tujuan bersahur adalah bagi membantu kekuatan fizikal seseorang sebelum menjalani ibadah berpuasa tanpa makan dan minum.

tahukah anda tidur lepas sahur adalah berbahaya?

Jadi, bersahur adalah sangat penting kepada mereka yang berpuasa.

 

Namun antara cabaran bersahur adalah melawan rasa mengantuk dan penat apabila perlu bangun awal pagi untuk makan dan minum.

tahukah anda tidur lepas sahur adalah berbahaya?

Ramai juga yang bangun untuk bersahur dan kembali tidur selepas makan dan minum, tanpa sedar aktiviti itu  sebenarnya boleh memberikan kesan negatif terhadap kesihatan tubuh baik jangka pendek mahupun jangka panjang.

 

Lebih teruk lagi, tidur selepas bersahur boleh mengundang risiko membahaya hingga kepada maut!

 

Selepas makan, perut akan mencerna makanan menjadi pecahan nutrein. Misalnya, makanan yang kaya dengan karbohidrat dan lemak memerlukan waktu minima 2 jam untuk dicerna. Proses pencernaan ini memerlukan bekalan darah yang banyak, sebab itulah lepas makan anda tidak disarankan untuk terus melakukan aktiviti yang memerlukan bekalan darah banyak seperti bersukan.

tahukah anda tidur lepas sahur adalah berbahaya?

Jika anda tidur selepas bersahur atau kurang 2 jam selepas makan, saluran pencernaan belum sempat mencerna makanan, yang akhirnya akan menyebabkan gangguan saluran pencernaan dan penyerapan nutrien tubuh.

 

Hasilnya, makanan yang dimakan tidak mampu menghasilkan tenaga yang diperlukan tubuh.

 

Antara lain, kesan tidur selepas bersahur adalah seperti berikut:

1. Lemak bertambah hingga 2 kali ganda

2. Asid perut semakin meningkat, menyebabkan keradangan dinding perut

3. Terjadinya refluks asid menyebabkan rasa panas dada, sakit kerongkong, mual, sendawa, dan mulut terasa pahit

4. Gangguan sistem dan saluran pencernaan

5. Terjadinya strok disebabkan kekurangan oksigen pada otak

 

Justeru, elakkan kebiasaan untuk tidur selepas bersahur kerana ia boleh merugikan kesihatan anda.

 

Sumber: Hello Doktor

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN