Ayah Yang Bacakan ‘Bedtime Stories’ Buat Anak Jadi Makin Cerdik! - Kajian

Pernahkah anda membacakan cerita dongeng atau ‘bedtime stories’ sebelum menidurkan anak setiap malam?

ayah yang bacakan ‘bedtime stories’ buat anak jadi makin cerdik! - kajian

Tahukah anda, ‘bedtime stories’ boleh membuatkan minda si anak menjadi lebih kreatif dan cerdik?

 

Menurut perkongsian oleh seorang doktor perubatan Hospital Seremban, Dr Ahmad Luqman Bukhari di laman Twitternya, beliau menjelaskan terdapat kajian mengenainya ketika beliau sedang menuntut di Harvard University.

 

“Dalam kajian itu, Dr Duursma kumpulkan data daripada 430 buah keluarga di US, semata-mata nak lihat apakah kesan pada anak kecil yang berusia bawah tiga tahun bila ibu dan ayah bacakan bedtime stories.

“Biasanya ibu yang semangat sikit bab bercerita ni. Namun rupa-rupanya, kalau ayah pun turut sama join bacakan cerita, penguasaan bahasa anak akan jadi lebih power berbanding kawan-kawan dia yang lain.

“Dr Duursma beritahu antara sebabnya ialah, bahasa yang orang lelaki kerap guna tidak sama dengan orang perempuan.

“Kalau bahasa ayah-ayah, selalunya berdasarkan logik. Mak-mak pulak lebih suka menekankan bab emosi dan karakter.

“Mak akan cenderung untuk ajar anak tentang benda-benda yang memang nampak jelas kat dalam buku. Macam bab warna, abjad dan mengira.

“Contoh paling mudah kalau kat muka surat itu terpampang gambar ayam. Nanti mesti mak akan tanya, “Tengok dalam gambar ini ada ayam. Cuba adik kira ada berapa ekor semuanya?” tulisnya.

ayah yang bacakan ‘bedtime stories’ buat anak jadi makin cerdik! - kajian

Katanya lagi, ada perbezaan ketara jika bedtime stories itu dibacakan oleh si ibu dan si bapa.

 

“Berbeza dengan orang lelaki. Mereka ini selalunya lebih suka kaitkan bacaan tadi dengan pengalaman yang dialami sebelum tu.

“Haa, tengok gambar rusa ni. Ingat tak rusa macam inilah yang abang hulurkan makanan masa kita pergi zoo hari tu?”

“Teknik itu akan buatkan si kecil membayangkan sesuatu dari pandangan yang lain lalu meransang mindanya berfikir lebih kreatif.

“Dan yang paling best, perbezaan ni akhirnya saling melengkapi dan melonjakkan perkembangan minda anak-anak bertuah itu jadi berkali ganda makin cerdik.

“Sebab itu, kalau nak aktiviti membaca ini memberi impak super hebat pada anak kita, pastikan sesekali ayah pun kena join bercerita sekali ye,” tambahnya lagi.

 

Buat mereka yang tidak tahu untuk membacakan cerita sebelum tidur, mungkin anda boleh cari kisah dongeng masyarakat seperti Si Tanggang, Batu Belah Batu Bertangkup, Bawang Putih Bawang Merah dan banyak lagi.

 

Sumber: Sinar Plus / Twitter Dr Ahmad Luqman Bukhari

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN