Atasi Masalah Kucing Jiran Berak Merata Dengan Kaedah Ini

Sumpah annoying bila kucing jiran suka berak merata-rata. Boleh naik angin tiap kali terhidu bau busuk tu.

atasi masalah kucing jiran berak merata dengan keadeh ini

Petua isi sirap dalam botol pun dah cuba, tapi tak berkesan. Ni kami terjumpa petua lain yang pernah viral awal tahun ini.

Menerusi akaun Facebook Ella Ahmad, dia ada berkongsi tips atasi kucing berak merata.

Bahan-bahan yang diperlukan:

atasi masalah kucing jiran berak merata dengan keadeh ini

1. 7 cuka buatan

2. Pelembut kain, tak kisah brand apa pun

3. Air paip

4. Bekas spray

Cara-caranya:

atasi masalah kucing jiran berak merata dengan kaedah ini

1. 7-10 titis cuka makan (pada firasat sis, bau dia masam so busuk so kucing tak berkenan nak kencing/berak kat tempat yang disembur tu).

2. 1/4 penutup pelembut kain (tak kisah laa brand ape ssebab nak bagi wangi sikit je, sebab kalau letak cuka je nanti bau busuk, kalau letak pelembut kain ni wangi lah sikit baunya) the 

3. Air paip (agak-agak laa sampai penuh bekas spray)

Selamat mencuba ok gais!