Kredit: Mikhail Nilov/Pexels
Ada banyak cara untuk tambah pendapatan. Ada yang melakukan lebih daripada satu pekerjaan, ada pula yang berniaga kecil-kecilan dan tak kurang juga yang terlibat dalam pelaburan seperti saham.
Tetapi nak terlibat dalam pelaburan saham ni tak bolehlah main redah je. Kena ada ilmu, barulah boleh buat penilaian pelaburan. Untuk korang yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang saham, kami kongsikan antara frasa asas yang pelabur baharu kena tahu untuk kuasai dunia ini.
#1 Akaun CDS
Antara keperluan utama untuk korang yang nak mula melabur di Bursa Malaysia. Tanpa akaun ini urusan jual beli saham tidak dapat dilakukan. Nak buka akaun CDS ni, korang boleh lakukan di bank pelaburan dengan kos RM10.
Ada dua jenis akaun CDS iaitu Islamik dan konvensional. Jika daftar CDS Islamik, korang hanya boleh melakukan transaksi saham patuh syariah sahaja.
#2 Candlestick
Kredit: Maxim Hopman/Unsplash
Antara ilmu penting pelaburan saham adalah kebolehan untuk membuat analisa menggunakan teknik candlestick. Teknik ini membolehkan korang tahu tentang harga saham dan gambaran psikologi tentang apa yang mungkin berlaku ketika saham diniagakan.
#3 ROI
Return on Investment atau pulangan pelaburan merupakan ukuran prestasi terhadap keberkesanan pelaksanaan sesuatu pelaburan. ROI dikira dengan membahagikan pulangan pelaburan dengan kos pelaburan dan didarab 100 untuk dapatkan hasil akhir dalam peratus.
#4 Remisier
Ejen berlesen dari syarikat broker yang merupakan orang tengah di antara pelabur dengan syarikat broker. Remisier hanya boleh memberikan klien informasi tetapi tidak boleh mempengaruhi keputusan. Mereka juga menerima komisen bagi setiap transaksi yang dikendalikan.
#5 Investor vs. Trader
Investor atau trader, kedua-duanya merupakan pelabur saham dan menjana keuntungan melalui pasaran saham. Tetapi trader akan membeli dan menjual saham dalam masa singkat dan membuat analisis secara teknikal, berbeza dengan investor yang menyimpan saham lebih lama dan menggunakan kaedah fundamental.
Jadi korang nak jadi trader ke investor? Tepuk dada tanya hati. Jika korang inginkan pendapatan pantas tetapi modal dan untung tak berapa besar, trader adalah jawapannya. Untuk yang ingin menggandakan aset, korang perlu jadi investor.
#6 Saham Patuh Syariah
Kelebihan melabur dalam pasaran saham di Bursa Malaysia adalah terdapatnya Majlis Penasihat Syariah (MPS) yang akan sentiasa memantau aktiviti perniagaan sesuatu syarikat dan menyediakan Senarai Sekuriti Patuh Syariah. Untuk pastikan korang melabur dalam saham patuh syariah, korang kenalah daftar akaun CDS patuh syariah terlebih dahulu.
Ada macam-macam terma dan frasa dunia saham ni kan? Nampak memeningkan tetapi jika ada ilmu, tidaklah susah mana pun.
Untuk yang nak tahu lebih lanjut dan tambah ilmu saham dengan bahasa yang mudah difahami, apa kata korang sertai Seminar Menang Saham PERCUMA secara online bersama Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK).
Apa yang korang dapat jika sertai seminar ini?
- Ilmu saham 100% patuh syariah dengan penerangan santai dan disampaikan dalam bahasa paling mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.
- Peluang menang wang tunai terkumpul bernilai RM120,000 untuk kesemua 6 sesi Seminar Menang Saham Online (MSO) 3.0 melalui peraduan Daftar, Belajar dan Menang! Ada 20 cabutan bertuah dalam setiap sesi seminar yang mana setiap peserta bertuah membawa pulang RM1,000.
- Korang akan dipimpin sendiri oleh Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) sebagai Pakar Pelaburan Saham dan Pengurus Wang Bertauliah dalam seminar PERCUMA selama 8 jam ini.
- Peserta juga akan dapat ilmu, teknik dan strategi pelaburan saham yang telah terbukti dan berjaya melahirkan ribuan pelabur saham berjaya dari dalam dan luar negara.
- Setelah selesai seminar, korang dah boleh buat duit lebih tanpa mengira keadaan pasaran saham sama ada pasaran saham naik, jatuh dan tak bergerak dengan modal serendah RM10 melalui broker yang memberi “zero komisen” dan dah boleh buru saham-saham gergasi yang naik lebih 10 kali ganda hanya dalam masa beberapa tahun.
- DDNK dan team akan menjawab sebarang soalan dan kemusykilan korang dengan pantas.
Apa tunggu lagi? Jom daftar Seminar Menang Saham Online 3.0 di www.menangsaham.com hari ini!