Antara Punca Keracunan Adalah Disebabkan Tuala Dapur

tuala dapur antara punca keracunan makanan. perhatikan tuala dapur korang

Dekat dapur mesti kita akan letak sekurang-kurangnya sehelai tuala kan? Kiranya buat habuan untuk lap apa yang tumpah, lap tangan yang basah dan lap apa yang patut.

Tapi, tanpa korang sedari, sebenarnya tuala dapur ni antara apparatus yang sangat kotor. Ye lah, dah jadi bahan lap itu ini, memang lah kotor kan? Lepas tu seringkali kita biarkan tuala dapur tersebut lembap. Sebab itu lah, bakteria boleh membiak dekat tuala dapur sehingga membawa kepada keracunan makanan.

Jadi, apa yang korang perlu buat dengan tuala dapur tersebut:

1. Basuh tuala dapur setelah digunakan. Kalau rasa malas, basuh beberapa hari tapi jangan sampai berbau busuk.

2. Setiap kali lepas guna, pastikan korang hemur sehingga kering.

3. Asingkan tuala dengan fungsi-fungsi tertentu. Lap tangan, tuala lain. Lap peralatan, tuala lain. Lap perkakas dapur, tuala lain.

4. Untuk lap tangan pula, seeloknya korang guna tisu dapur.

Sumber: Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN