5 Sebab Lelaki Tidak Perlu Takut Memakai Warna Pink

5 sebab lelaki tidak perlu takut memakai warna pink

Sejak azali lagi memang stereotaip warna pink ini untuk perempuan sahaja. Dan sebab itu lelaki sebolehnya akan jauhkan diri daripada memakai baju warna merah jambu ini.

Tapi zaman sekarang fesyen lelaki semakin meluas, dan ramai lelaki berani memakai warna yang terang dan berani. Di sini ada beberapa alasan kenapa lelaki tidak lagi perlu takut untuk memakai warna pink.

1. Merah jambu melambangkan maskulin

Menurut Pengarah Urusan Muzium di Teknologi Fesyen, Valerie Steele, warna merah jambu ini dipakai oleh kaum lelaki sejak kurun ke-18. Sut pada zaman itu berwarna merah jambu dan mempunyai corak floral. Pada zaman itu, siapa yang memakai sut ataupun coat seperti ini dilihat sebagai seorang yang maskulin.

2. Keluar dari zon selesa

Sudah tibanya kita keluar dari zon selesa. Dari dahulu lagi merah jambu dan biru dijadikan sebagai warna yang melambangkan satu jantina. Ayuh kita keluar daripada zon selesa dan berhenti memakai warna yang selamat.

Warna merah jambu amat sesuai untuk lelaki jika digayakan dengan sesuai. Bukan lah dari atas ke bawah nak pakai pink.

3. Membuat anda kelihatan lebih menyerlah dan berkuasa

Merah jambu melambangkan kuasa dan kekuatan oleh kerana itu warna ini digunakan sebagai lambang minggu kesedaran kanser.

Tapi satu kajian oleh Cotton USA pada 2012 mendapati bahawa lelaki yang suka memakai wana merah jambu ni mempunyai pendapatan lebih tinggi daripada yang memilih warna lain. Eh, peliknya!

5 sebab lelaki tidak perlu takut memakai warna pink

4. Merah jambu dapat menarik perhatian wanita

Wanita memang suka akan warna merah jambu. Jadi amat senang bagi seorang wanita untuk tertarik dengan lelaki yang BERANI memakai warna merah jambu ni. Terutama sekali jika mereka memakai dengan gaya yang betul. Boleh lihat ikon Kpop ataupun Harry Styles yang gayakan busana berwarna merah jambu dengan penuh keyakinan.

5. Sesuai dipadankan dengan semua warna

Warna pink ini adalah warna yang versatile. Lelaki yang mempunyai tona kulit gelip akan kelihatan lebih kacak jika memakai warna merah jambu seperti carnation pink, cherry blossom dan lavender pink. Google la kalau nak tengok contoh.

Pink juga sesaui dipadankan dengan pakaian yang berlainan warna seperti biru atau coklat yang memberikan impak visual yang berbeza kepada yang memakainya.

5 sebab lelaki tidak perlu takut memakai warna pink

Sumber: Real Men Real Style