Lalat merupakan salah satu serangga yang paling annoying especially time kita tengah makan. Lalat ni memang berani mati, tak kira berapa banyak kali kita halau, mesti datang balik. Ish!
Anyway ni ada beberapa tips yang nak di kongsikan. Jom baca.
UBAT GEGAT

Lalat memang tidak suka dengan bau ini, ubat gegat boleh di letakkan di dalam mangguk kecil di sekitar rumah sebagai penghalang.
PATI BAUAN SERAI

Aroma serai boleh digunakan sebagai penghalang semula jadi kepada lalat dan ia sesuai diletakkan di sekitar rumah. Letakkan pati bauan serai di dalam container kecil dan biarkan penutupnya terbuka.
CENGKIH

Bau cengkih mungkin menyegarkan pada kita tapi bukan pada lalat. Hanya perlukan sedikit chengkih dan letakkan di dalam mangkuk di setiap sudut rumah.
DAUN PUDINA

Hancurkan daun pudina dan ianya akan terus menghasilkan bauan yang terbukti berkesan untuk menghalau lalat.
Sumber
Oleh: Khalie Azmi