Seorang lelaki di Jepun yang bernama Tomoaki Ichikawa yang pada asalnya hanya ingin bereksperimen dengan bakat seninya dengan menggunakan anak perempuan kesayangannya sebagai model patung ukirannya hanya untuk satu masa akhirnya menjadikan perkara tersebut sebagai ‘perjanjian tahunan’ antara kedua-dua mereka.
Ichikawa pertama kali memahat patung pertamanya pada 12 tahun lalu, dan memberikan hasil karya seninya itu pada hari ulang tahun kelahirannya anak kesayangannya.
Namun, dia kemudian berkeputusan untuk menjadi perkara tersebut pada setiap tahun.
“Rancangan saya adalah untuk membuat patung sehingga dia berusia 20 tahun, tetapi saya mungkin akan terus melakukannya,” ujarnya.
Yang paling menarik perhatian, setiap patung yang dipahatnya mengikuti rapat perubahan karakter yang berlaku pada anaknya yang kian membesar itu.
“Reka bentuk patung tersebut biasanya mencerminkan apa yang terjadi dalam hidupnya tahun itu. Contohnya, dia ingin membela kucing ketika ulang tahun ketujuhnya. Jadi saya membuat patung kucing di atas kepalanya,” jelas Ichikawa.
“Semuanya memang mirip dia. Tapi fikiran dan perasaan saya juga tercurah ke dalam hasil karya itu.
“Saya memahat setiap patung tanpa ada niat untuk membangkitkan emosi tertentu pada hasil akhirnya – saya akan memikirkan makanan hari itu, atau apa yang anak saya katakan saat itu. Sebaliknya, saya rasa ada emosi yang berbeza dalam setiap butiran ukiran saya. Itulah sebabnya patung itu tidak hanya menggambarkan anak perempuan saya, kerana saya juga memaparkan perasaan peribadi saya terhadap hasil karya itu,” ujar Ichikawa.
Tambahnya lagi, dia mengasah kemahiran mengukirnya hanya dengan pembelajaran secara sendiri.
Dia merasakan peningkatan dari segi kemahirannya masa ke masa dan akui, masih merasakan sukar untuk melakukan kerja tersebut biarpun telah memahat banyak patung.
Namun dia turut berkata, anaknya itu tetap sahaja menyukai setiap satu patung yang dipahat bapanya.
Dia juga menambah, dia masih belum membuat keputusan lagi sekiranya dia akan membiarkan anak perempuannya itu membawa bersama kesemua patung itu pindah bersamanya apabila sudah dewasa nanti.
“Saya rasa lebih baik menyimpannya di rumah ini, jadi saya akan merasa dia tetap ada di sisi saya,” ujarnya.
Sumber: [1]