Nama Krisdayanti sudah tidak asing lagi dalam arena hiburan Indonesia dan Malaysia. Barangkali, ada yang tidak mengetahui bahawa pelantun lagu “Menghitung Hari” itu sebenarnya adalah adik-beradik dengan penyanyi Yuni Shara.
Uniknya, dua beradik ini memiliki persamaan iaitu, bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian tetapi juga cantik jelita. Walaupun mempunyai anak yang sudah meningkat dewasa, Yuni kekal menjadi perhatian ramai kerana kecantikannya itu.
Ini rahsia cantik jelita Yuni!
- Penyanyi lagu ‘Tuhan Jagakan Dia’ itu pernah berkongsi bahawa beliau tidak melakukan diet khas yang menyeksakan dan hanya makan seperti biasa. Pada waktu pagi beliau akan bersarapan. Menjelang tengah hari, beliau makan dalam sukatan yang mencukupi manakala untuk makan malam pula, mengurangkan sukatan nasi.
- Selain mengurangkan nasi, Yuni juga menjaga kesihatan dan kecergasan dengan melakukan senaman secara berkala. Menurutnya, senaman adalah penting untuk kaum wanita kekal sihat.
- Meskipun kurang mengambil nasi, Yuni turut menikmati makanan ringan yang mana beliau paling menggemari nachos dengan mayonis dan sos salsa. Menurutnya, makanan ringan yang diperbuat daripada jagung mengenyangkan.
- Beliau mengamalkan lidah buaya sebelum tidur dan ketika waktu lapang sebagai pupur wajah untuk mengurangkan kedutan. Caranya adalah dengan mengoleskan lendir lidah buaya pada wajah dan leher serta membiarkan sejam sebelum dibilas.
Sumber: SinarPlus