Perempuan Jangan Takut Dengan Gelaran Janda….Teruskan Kehidupan Baru Cari Rezeki Sendiri

Setiap pasangan apabila mereka membina rumah tangga semestinya ingin berkekalan hingga ke akhir hayat. #TillJannah gitu! Tapi adakalanya, rumah tangga tidak berkekalan atau terkandas begitu sahaja.

perempuan jangan takut dengan gelaran janda….teruskan kehidupan baru cari rezeki sendiri

Biasanya setelah bercerai, ada beberapa wanita akan terbuka untuk menikah lagi dengan lelaki idamannya. Namun, ada juga yang lebih memilih hidup dengan status janda sepanjang hidupnya.

Itu yang akan dikupaskan dalam episod keenam Sembang Atas Katil kali ini. Episod kali ini akan mengupaskan kisah tentang Diyana, seorang wanita yang bergelar janda yang pernah jatuh dan bangkit balik. 

Puan Diyana Sofea merupakan CEO Akademi Kecantikan yang mengajar wanita-wanita lebih teliti dalam bidang kecantikan. Diyana menceburi dalam bidang bisnes kecantikan sejak usia muda lagi, beliau mula belajar mengendali bisnes kecantikan daripada ibunya sendiri yang mengendalikan Akademi tersebut bersama arwah ayahnya. Namun sebelum Diyana menceburi sepenuhnya dalam bisnes kecantikan, beliau pernah mempunyai pengalaman menjadi seorang agen insurans, mengikut legasi arwah ayahnya. 

Dalam mengendali bisnes kecantikan, Diyana menceritakan pengalaman bergelar janda ketika gagal dalam perkahwinannya yang pertama. 

Titik permulaan Diyana mencari rezeki sendiri, memetik legasi arwah ayahanda, semangat dan kekuatan untuk membangkit semula daripada kejatuhan dan kisah pahit manis suka dan duka seorang wanita bekerjaya.

Sembang Atas Katil adalah podcast eksklusif di aplikasi SYOK yang dihoskan oleh Suzana Sukaimi, podcast ini merupakan kompilasi cerita wanita-wanita yang tersakiti yang penuh tragis dan air mata. Berusahalah menangis untuk mencapai tangisan nikmat itu... Kerana tangisan akan terbit sinar senyuman.

Anda boleh mendengar Sembang Atas Katil di aplikasi SYOK atau boleh klik di sini untuk mendengar tentang kompilasi kisah wanita-wanita yang pernah disakiti. 

Jika anda ingin info lebih lanjut, anda boleh mengikuti perkembangan terkini di Instagram @syokcast.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOKcast (@syokcast)

Tahniah kepada Sembang Atas Katil menjadi podcast paling popular bulan Julai di SYOK! Wah! Ramai yang berminat nak dengar kisah wanita-wanita ini!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOKcast (@syokcast)