Penyanyi Dangdut Indonesia Dituduh Sengaja Tak Mahu Hamil Sebab Jaga Badan

Penyanyi dangdut dari Indonesia, Dewi Perssik baru-baru ini menjadi perhatian media dinegara itu kerana didakwa sengaja tidak mahu hamil sebab bimbang bentuk badan berubah.

penyanyi dangdut indonesia dituduh sengaja tak mahu hamil sebab jaga badan

Perkara itu mula diperkatakan kerana beliau tidak dikurniakan cahaya mata menerusi dua perkahwinan terdahulu bersama Saipul Jamil dan Aldi Taher.

 

Malah menerusi perkahwinannya yang ketiga bersama Angga Wijaya, yang juga pengurusnya, sejak September 2017, juga masih belum dikurniakan cahaya mata.

penyanyi dangdut indonesia dituduh sengaja tak mahu hamil sebab jaga badan

Tak tahan asyik diasak dengan tuduhan berkenaan, beliau tampil menerusi satu hantaran di Instagram menyatakan rasa kesalnya terhadap dakwaan terbabit.

 

"Adakah manusia dilahirkan cuma untuk berkembang biak seperti seekor binatang?

"Lebih teruk yang menuduh takut badan rosak datangnya daripada kaum wanita, yang sepatutnya membela sesama sendiri.

"Mempunyai anak itu bukan semudah yang difikirkan, berat bagi yang mengerti. Dan anak itu amanah, bukan mainan.

"Zaman semakin maju, tapi banyak orang yang mindanya masih ke belakang," katanya.

 

 

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kenyataan yang dikeluarkan Dewi dan ramai juga senasib dengannya.

 

Sumber: Instagram Dewi Perssik

 

 

ARTIKEL BERKAITAN