Pekerja Paling Setia Dalam Dunia, Lelaki Ini Kerja Di Tempat Sama Lebih 84 Tahun!

Walter Orthmann, seorang lelaki berusia 100 tahun dari Brazil telah bekerja untuk syarikat yang sama sejak 1938, secara rasminya telah tersenarai dalam Guinness Book of Records.

pekerja paling setia dalam dunia, lelaki ini kerja di tempat sama lebih 84 tahun!

Orthmann yang mula bekerja untuk Industrias Renaux S.A., sebuah syarikat tekstil di Brusque, pada 17 Januari 1938, ketika dia baru berusia 15 tahun.

Dia bermula sebagai pembantu di jabatan perkapalan sebelum dinaikkan pangkat menjadi pembantu tadbir dan akhirnya pengurus jualan.

Sepanjang kerjayanya selama 84 tahun, Walter telah melakukan perjalanan jualan ke seluruh dunia, menerima gajinya dalam sembilan mata wang berbza dan menggunakan hampir setiap syarikat penerbangan komersial dalam sejarah penerbangan Brazil.

“Awak perlu suka bekerja. Saya mula bekerja dengan kesanggupan dan semangat juang itu,” kata Orthmann apabila ditanya apa yang membuatkan dia terus bertahan selama lebih lapan dekad.

“Anda tidak boleh sekadar bekerja dan mengatakan bahawa anda sedang bekerja. Ia bukan macam itu. Anda tidak akan dapat bertahan,” tambahnya.

Pada Februari 2022, Walter Orthmann secara rasmi dilantik ke dalam Guinness Book of Records kerana mempunyai kerjaya paling lama dalam syarikat sama iaitu selama 84 tahun dan 9 hari.

Pada 19 April, dia mencecah umur 100 tahun, tetapi dia tidak bercadang untuk bersara daripada satu-satunya syarikat yang dia pernah bekerja itu.

Mengingati permulaannya bersama Industrias Renaux S.A. (kini RenauxView), Orthmann berkata dahulunya tiada komputer, telefon yang digunakan di syarikat tersebut sementara teks pula perlu ditaip pada mesin taip dan dihantar melalui pos.

Bagaimanapun, kongsinya, semuanya lebih mudah hari ini dengan adanya teknologi seperti telefon mudah alih dan sambungan internet.

Ditanya apakah nasihat yang ingin diberikannya kepada mereka yang ingin kekal aktif dan bekerja lewat dalam hidup mereka, Orthmann memberitahu, “Jangan marah, lakukan segala-galanya dengan ketawa. Buat sahaja apa yang anda suka lakukan. Saya suka bekerja di syarikat ini.

“Jangan ada musuh. Minta maaf. Hidup dengan tenang. Kehidupan hanyalah perjalanan di bumi, nikmatilah, lakukan apa yang anda mahu.”


Sumber: [1]