Seorang lelaki di Jawa, Indonesia melakukan sesuatu yang luar biasa iaitu dengan menghidupkan sebuah hutan yang memiliki tidak kurang daripada 11, 000 pokok!
Sadiman, 69, pada mulanya dianggap sebagai seorang yang gila oleh penduduk
Tapi, perkara tersebut tidaklah memakan masa yang singkat untuk direalisasikan kerana ia mengambil masa selama 24 tahun.
Namun, berkat kesungguhan lelaki tersebut, dia akhirnya berjaya menukarkan kawasan yang tandus dan sering mengalami musim kemarau itu menjadi hutan yang subur!
Dahulunya, ketika Sudirman baru sahaja hendak memulakan projek tersebut, lereng bukit yang terletak di lereng Gunung Lawu itu tidak memiliki sungai dan tasik, semuanya gara-gara kebakaran dan pembalakan haram yang dijalankan sekitar tahun 1960-an hingga 1980-an.
Dengan kekurangan air di daerah ini, penduduk kampung tersebut mengalami masalah kekurangan tanaman yang kritikal dan banyak penyakit.
Hasil ikhtiar Sadiman, dia memutuskan bahawa dia akan melakukan sehabis mungkin untuk mengubah keadaan untuk komuniti terbabit.
“Saya berfikir, jika saya tidak menanam pokok beringin, kawasan ini akan menjadi kering,” ujarnya kepada Reuters.
“Menurut pengalaman saya, pokok beringin dan pokok ficus dapat menyimpan banyak air.”
Dengan menggunakan tenaganya, Sadiman tanpa henti bekerja untuk mengisi kawasan seluas lebih dari 617 ekar itu dengan pohon beringin dan ficus, dengan harapan dia dapat membantu menahan air di bawah tanah dan membawa kepada revitalisasi sumber air serta mencegah hakisan tanah.
Ketika Sadiman masih di awal projek tersebut, orang kampung memanggilnya gila kerana melalukan perkara sebegitu, malah, Sadiman juga diejek kerana sanggup menjual kambingnya hanya untuk anak pokok.
“Orang ramai mengejek saya kerana membawa biji pohon beringin ke kampung, kerana mereka merasa tidak selesa, kerana mereka mempercayai terdapat roh di pohon-pohon ini,” ujarnya.
Namun kini, komuniti setempat itu menuai pada hasil kerjanya, tambah lagi dengan munculnya mata air di bawah tanah yang menyediakan rumah-rumah berdekatan dengan air bersih untuk kegunaan peribadi mereka dan pertanian.
“Saya harap orang ramai di sini dapat memperoleh kehidupan yang sejahtera dan hidup bahagia.”
Sumber: [1]