Tak Dapat Balik Raya, Spider-Man Curi Tumpuan Di Sabah

Dek kerana tidak dapat pulang beraya bersama keluarga di Perak, ‘Spider-Man’ telah mencuri perhatian ramai pengguna jalan raya di Kota Kinabalu, Sabah.

tak dapat balik raya, spider-man curi tumpuan di sabah

Memetik laporan dari Astro Awani, kostum Spider-Man yang dipakai oleh lelaki bernama Man Hasry, turut disertakan satu nota khas berbunyi 'Mak dan abah, maaf tidak dapat balik raya. Tidak lepas rentas negeri'.

 

Nota itu ditujukan khas buat orang tuanya yang berada di Manjung, Perak selepas beliau dan isteri menetap di Sabah lebih 10 tahun.

 

"Saya mendapat idea ini beberapa hari lepas. Saya beritahu isteri saya yang saya ingin sampaikan mesej buat keluarga di Semenanjung.

"Lagipun keluarga tak sihat. Jadi, saya fikirkan (satu cara) untuk menyampaikan mesej buat keluarga agar mereka gembira," katanya.

tak dapat balik raya, spider-man curi tumpuan di sabah

Menurut Man, beliau berharap mesej yang disampaikan melalui cara itu dapat menggembirakan keluarganya sempena Hari Raya kali ini.

 

"Buat keluarga saya yang berada di Semenanjung, yang berada di Seri Manjung, Perak. Ibu saya, Hasnah Ali dan bapa saya Osman Saidi, saya minta maaf kerana tidak dapat pulang beraya tahun ini kerana tidak dapat merentas negeri.

"Kita ikut sahaja arahan kerajaan. Tidak mengapa, tahun ini, kita beraya dengan cara panggilan video sahaja. Untuk kali kedua. Tiada masalah. Cuma tidak dapat berkongsi makanan dalam kamera sahaja," luahnya.

 

Sumber: Astro AWANI