Kisah Lelaki Yang Setia Pada Pasangan Hidap Yang Tumor Hingga Sembuh

Seorang lelaki menjadi tular di TikTok kerana kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi terhadap sang kekasih yang pernah mengalami tumor di wajah sehingga dia menjadi cantik.

kisah lelaki yang setia pada pasangan hidap yang tumor hingga sembuh

Menerusi satu video yang dimuat naik di platform tersebut bawah akaun @/rhmiipm, coret wanita yang bergelar kekasih lelaki tersebut, “Wanita selalu cantik di mata lelaki yang tepat. Tidak pernah malu membawa saya ke mana-mana sedangkan saya mengalami masalah pada bahagian wajah. Walaupun ramai yang selalu pelik melihat wajah saya.”

Apabila dihubungi media tempatan, wanita yang dikenal pasti sebagai Rahmi Putri Muharani Agus itu mengaku telah menjalinkan hubungan percintaan dengan lelaki itu, Rizkan Arfi, selama empat tahun.

“Kisah video itu pada 2019 ketika benjolan itu sangat jelas dan besar. Di mana pertengahan kisah cinta saya, saya jatuh sakit kerana benjolan pada wajah saya, yang harus dijalankan pembedahan kerana sekiranya tidak, ia akan membesar,” katanya.

“Bagi saya, itu adalah masa paling sukar dalam hidup saya selama 22 tahun pada masa itu, tetapi saya sangat bersyukur kerana saya dikelilingi orang yang saya sayangi, termasuk pasangan saya,” tambahnya.

Rahmi mengakui yang mereka telah lama menjalinkan hubungan jarak jauh tetapi ia sedikit pun tidak menjejaskan perhubungan mereka itu.

“Walaupun kami bercinta jarak jauh, dia benar-benar menjadi sistem sokongan untuk saya, yang menjaga kesihatan mental saya dalam menghadapi semua ini. Dia menjadi tempat untuk bercerita tentang betapa baik dan buruknya hari saya,” kenangnya.

Ketika dia menjalani rawatan dan pembedahan, kekasihnya, Rizkan selalu menemaninya melalui panggilan video.

Semasa proses pemulihan, Rizkan sanggup datang dari Padang ke Jakarta untuk menemani Rahmi di hospital, yang mana pada ketika itu, kekasihnya membawa berjalan-jalan ke pelbagai tempat seperti kafe dan sebagainya.

“Syukurlah saya sekarang pulih sepenuhnya sejak pembedahan itu, dia tetap menjaga saya dari apa-apa perkara berbahaya. Saya sangat bersyukur kerana bertemu dengannya,” simpul wanita itu.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN