Khidmat Sewa Orang Gemuk Di Jepun, Bayar Lebih RM75 Sejam

Berita gembira buat mereka yang mempunyai badan gemuk kerana mereka berpeluang untuk dibayar mengikut jam melalui perkhidmatan yang dinamakan ‘Debucari’.

khidmat sewa orang gemuk di jepun, bayar lebih rm75 sejam

Debucari adalah perkhidmatan menyewa orang gemuk di Jepun mengikut jam pada kadar 2,000 yen (kira-kira RM75.33) sejam.

 

Menurut pemilik perkhidmatan terbabit, Mr. Bliss berkata, ia sebagai satu tawaran pekerjaan kepada golongan berkenaan yang mana sering dianggap janggal dan pelik dalam komuniti di Jepun.

khidmat sewa orang gemuk di jepun, bayar lebih rm75 sejam

Perkhidmatan sewa ini boleh digunakan untuk pencarian model bersaiz besar kepada pemilik fesyen dan lain-lain lagi.

 

Tambahnya lagi, selain untuk tujuan pekerjaan, perkhidmatan ini akan menjadikan seseorang berasa lebih yakin apabila ada orang gemuk daripada mereka selain menjadikan perkataan gemuk sebagai satu yang positif.

Sumber: Oddity Central