Kajian Tunjuk Pekerja Rasa Lebih Bahagia Jika Bos Adalah Wanita

Satu kajian yang diterbitkan dalam penerbitan Journal of Banking & Finance menunjukkan pekerja akan menjadi lebih bahagia jika bekerja bersama atau dibawah majikan wanita.

kajian tunjuk pekerja rasa lebih bahagia jika bos adalah wanita

Kajian dibuat berdasarkan hampir 12,000 saman yang mendedahkan bahawa syarikat diketuai wanita kurang berhadapan dengan tuntuan undang-undang oleh pekerja.

 

Ia sekaligus menunjukkan bos atau majikan wanita lebih bijak dalam menjalinkan hubungan dengan pekerja mereka.

kajian tunjuk pekerja rasa lebih bahagia jika bos adalah wanita

Analisis data berkaitan 11,970 tuntutan saman dibawah undang-undang buruh difailkan terhadap firma negara itu bermula 2001 sehingga 2014.

 

Hasil kajian keatas data itu mendapati, syarikat yang diterajui oleh majikan wanita mempunyai bilangan saman pekerja yang jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan firma yang diketuai oleh CEO lelaki.

 

Ia dikaitkan dengan pelbagai inisiatif mesra pekerja yang dilaksanakan oleh syarikat dibawah kepimpinan mereka.

 

Kajian ini juga disokong oleh penyelidikan terdahulu yang menunjukkan bahawa kepimpinan korporat wanita adalah lebih berkesan dalam membina hubungan baik bersama pekerja.

 

“Terdapat perbezaan ketara dalam gaya pengurusan syarikat oleh bos wanita dan lelaki.

“CEO wanita lebih banyak mengamalkan konsep demokrasi dan tolak ansur kepada pekerja berbanding ketua lelaki yang le­bih cenderung memberikan arahan menggunakan kuasa veto,” kata penulis utama kajian itu, Chelsea Liu dari Universiti Adelaide.

 

Sumber: Daily Mail

ARTIKEL BERKAITAN