Kenali wanita kelahiran Korea Selatan ini yang pernah bergelar bintang K-Pop sebelum akhirnya memilih untuk mengenakan hijab dan menjalani kehidupan sebagai seorang mualaf.
Ayana Jihye Moon, dilahirkan pada 28 Disember 1995 dan membesar di Korea Selatan bersama keluarganya.
Buat mereka yang tidak tahu, Ayana juga pernah menganggotai kumpulan gadis K-Pop iaitu F-VE Dolls yang pernah muncul dengan beberapa buah lagu seperti “Lip Stains”, “Your Words”, “Like This or That”. Kumpulan itu bagaimanapun dibubarkan pada 2015.
Dia dikatakan tertarik dengan Islam sejak berumur tujuh tahun sebelum memutuskan untuk memeluk agama tersebut pada zaman remaja iaitu di usia 16 tahun.
Tekad mendalami ajaran Islam, Ayana kemudian berkeputusan meninggalkan negaranya bagi menjalani laluan baru dalam kehidupannya.
Gadis berusia 27 tahun itu juga pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang Islam di Universiti Islam Malaysia (UIA).
Kini, wajah Ayana sering menghiasi beberapa iklan jenama terkemuka sebagai model berhijab yang manis rupanya.
Sumber: [1]