Pada kebiasaannya, kebanyakan orang menggunakan media sosial untuk menunjukkan material yang disukai atau dimiliki mereka.
Tidak terkecuali, lelaki yang berasal dari Indonesia ini yang mana dia tanpa segan silu memperlihatkan keadaan rumahnya yang serba sederhana dan diperbuat daripada pondok kayu.
Menerusi satu video TikTok yang dimuat naik oleh pengguna @/friendibawotong itu, terdapat segelintir pengguna lain yang memperkecil-kecilkan kediamanannya itu.
Namun, Frendi tetap optimis.
Katanya, “Mengapa rumah itu kayu? Ya, rumah saya diperbuat daripada kayu, anda mahu saya tunjukkan? Okey tunggu, ini dia rumah tercinta aku. Walaupun rumah saya tidak seindah istana anda, saya masih bangga," kata Frendi.
Lelaki yang mesra disapa Endi itu turut menunjukkan bahagian depan rumahnya.
Dia mengaku bahawa dia bangga menjalani kehidupan yang sederhana.
Dia kemudian menunjukkan kreativitinya dalam membuat tripod menggunakan buluh.
“Ini dia tripod aku hanya diperbuat daripada buluh. Ya begitulah orang miskin dan sudah ada kayu yang mula rapuh, korang. Ini dia kayunya sudah mula rapuh dan patah-patah. Sebenarnya mahu digantikan dengan kayu baru tetapi tidak punya wang,” jelasnya.
Dalam video tersebut, Endi juga mendedahkan pekerjaan ayahnya dan keadaan keluarganya.
Endi mengakui bahawa dia ialah anak tunggal.
“Kerana ayah saya hanya pekerja binaan dan ibu saya bekerja sebagai suri rumah. Dan saya merupakan satu-satunya anak dalam keluarga. Dan saya sangat bangga mempunyai keluarga seperti ini dan masih mempunyai rumah. Walaupun ia diperbuat daripada kayu, saya masih bangga,” luahnya.
Endi yang dahulunya pernah diejek kerana keadaan rumahnya mendapat pujian ramai sejak video itu dimuat naik.
Video sama juga telah mengumpulkan lebih 38.4 juta tontonan dengan 4.9 juta tanda suka. Rata-ratanya, ramai yang menyatakan kekaguman mereka terhadap Endi yang tidak malu terhadap asal usulnya.
Sumber: [1]