Penyanyi popular, Katy Perry, 36, akui kehidupan berubah 360 darjah setelah bergelar seorang ibu.
Katanya, “Sebenarnya, saya telah meninggalkan banyak perkara. Saya telah belajar untuk bergerak dengan perlahan. Saya belajar mengenai keseimbangan.”
Lanjutnya lagi, “Hidup saya telah banyak berubah kerana saya mempunyai seorang bayi perempuan, yang telah mengubah hidup saya dan memberikan segala jenis cinta yang dicari saya selama ini.
“Oleh itu, saya berasa sangat puas, sangat damai dan utuh. Jadi, itulah perubahan besar dalam hidup saya.”
Dalam pada itu, penyanyi yang kini menghampiri usia 37 tahun itu turutu berkongsi mengenai muzik dan inspirasi yang akhirnya membuatkannya ingin bergelar seorang penyanyi.
Luahnya, “Saya sangat teruja untuk berkongsi perspektif saya dengan dunia dan saya suka menyanyi.
“Ibu saya memanggil saya Bird. Ketika saya masih kecil, dia berkata saya akan menyanyi hingga tertidur sendiri.
“Saya suka bagaimana ia membuat saya rasa. Saya suka cara saya memproses semua emosi saya menerusi penulisan lagi. Saya suka berkongsi perspektif saya.”
Selain itu, dia turut membuka cerita mengenai lagu kegemarannya yang dibuat bersama pasangan tunangan, Orlando, khusus untuk anak perempuan mereka.
“Ia sangat comel dan kami menyanyikannya setiap hari untuknya hingga dia tertawa.”
Tahun lalu, Katy melahirkan cahaya mata pertamanya, Daisy Dove, pada Ogos 2020.
Daisy merupakan hasil perkongsian hidup Katy bersama pelakon terkenal, Orlando Bloom.
Sumber: [1]