Kata-Kata Semangat Seorang Bomba Selamatkan Seorang Remaja Daripada Bunuh Diri

 

kata-kata semangat seorang bomba selamatkan seorang remaja daripada bunuh diri

Setiap kata yang dituturkan mempunyai kuasa dan mampu memberi kesan kepada pendengarnya. Jika, dituturkan perkara yang baik, maka baiklah kesannya.

Perkara tersebu dibuktikan oleh seorang anggota bomba yang berjaya menyelamatkan seorang remaja lelaki daripada membunuh diri dengan memberi kata-kata semangat.

Menurut laporan, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, menerima panggilan kira-kira jam 5 petang.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh kemudian bergegas ke pusat beli-belah itu.

"Ia melibatkan seorang mangsa dalam lingkungan umur 23 tahun cuba untuk membunuh diri di atas bumbung pusat beli-belah," katanya jurucakap JBPM Perak.

Lelaki tersebut telah membatalkan niatnya selepas dipujuk dengan kata-kata semangat dan motivasi oleh pegawai penyelamat.

Mangsa kemudiannya dibawa turun dengan peralatan keselamatan.


Sumber: Astro Awani