Kareena Kapoor Pernah ‘Reject’ Lamaran Saif Ali Khan Dua Kali

Pelakon ternama Bollywood, Kareena Kapoor mengakui dirinya pernah menolak lamaran suaminya, Saif Ali Khan, sebanyak dua kali sebelum dia akhirnya berkeputusan untuk menerima lelaki tersebut sebagai pasangan hidupnya.

karina kapoor pernah ‘reject’ lamaran saif ali khan dua kali

Kongsinya, pertama kali Saif melamarnya adalah ketika mereka berada di bar, sekitar waktu yang mana mereka masih menjalani penggambaran untuk filem Tashan, yang dikeluarkan pada 2008.

Namun, lamaran tersebut ditolak oleh Kareena atas alasan ingin mengenali jejaka tersebut dengan lebih dekat lagi sebelum dia mampu menerimanya.

Saif mencuba nasib untuk kali kedua pula ketika pasangan tersebut berada di Notre-Dame de Paris, namun juga ditolak.

Saif tidak berputus asa dan terus melamar Kareena buat kali ketiga ketika percutian mereka di Paris.

Menurut Kareena, lamaran ketiga dibuat di tempat sama yang mana almarhum ayah Saif yang juga merupakan bekas pemain kriket, iaitu Mansoor Ali Khan Pataudi pernah melamar sang ibunya, Sharmila Tagore ketika beliau menjalani penggambaran filem An Evening in Paris.

Akhirnya, Kareena mengatakan ya.

Kareena dan Saif mula rapat antara satu sama sejak menjalani penggambaran filem Tashan.

Sebelum filem Tashan, kedua-dua pelakon berpengaruh Bollywood itu sudah pernah bekerjasama sesama sendiri menerusi filem lain seperti LOC: Kargil dan Omkara.

Namun, hubungan mereka hanya menjadi rapat menerusi filem Tashan hingga terjalinnya hubungan cinta antara satu sama lain lebih dari empat tahun sebelum mengikat tali perkahwinan pada 2012.
 

Sumber: Bollywood Life