Jennie BLACKPINK Lawat Set Squid Game, Lepak Dengan Pelakon Jung Ho Yeon

Bintang Squid Game, iaitu Jung Ho Yeon berkongsi sekilas pandang momen kunjungan Jennie BLACKPINK ke set penggambaran drama popular itu.

jennie blackpink lawat set squid game, lepak dengan pelakon jung ho yeon

Menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram peribadi pelakon itu, Jung Ho Yeon berkongsi foto comel yang diambilnya bersama Jennie ketika anggota BLACKPINK itu melawatnya di set penggambaran.

Seperti mana yang diketahui ramai peminat, aktres jelita yang juga model itu baru-baru menempa populariti menerusi drama Squid Game, adalah kawan baik kepada Jennie.

 

 

Salah seorang pelakon Squid Game, iaitu Lee Jung Jae, sebelumnya turut mengatakan bahawa Jennie tidak hanya mengirim trak kopi ke set penggambaran untuk menunjukkan sokongannya terhadap Jung Ho Yeon, tetapi turut melakukan kunjungan peribadi terhadap kawannya itu.

Comel je kan friendship dorang ni?

 

Sumber: [1]